Sabtu, 30 Mac 2019

PAN belum selesai lantik ahli MPKK

JERAI: Biarpun Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa semakin mendapat sambutan namun parti itu ketandusan pemimpin di peringkat akar umbi untuk dilantik menganggotai Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK).
 
Ketua Bersatu Cawangan Titi Teras, Yan Zahani Man berkata, biar pun tidak mempunyai ahli di peringkat cawangan namun PAN masih lagi mahu kuaota untuk mereka.
 
Katanya, sehingga sekarang mereka belum lagi dapat menyelesaikan pelantikan itu kerana kekurangan ahli.

“Apa yang berlaku sekarang PAN mahu menguasai MPKK di cawangan tersebut biar pun parti terbabit tidak mempunyai cawangan dan ahli di situ,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan: