Isnin, 18 Mac 2019

Nik Nazmi: PH tak perlu ikut rentak Umno-PAS

MALAYSIAKINI

   
PARLIMEN | Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat bahawa PH tidak perlu ikut rentak Umno dan PAS yang kini dilihat mahu menjuarai isu Melayu-Islam.

“Baru-baru ini selepas kekalahan PH di Cameron Highlands dan Semenyih, timbul desakan agar PH mengikut rentak Umno dan PAS.

“PH tidak perlu tunduk kepada desakan ini.

"Sebaliknya, saya berpandangan sekiranya PH menunjukkan keyakinan terhadap Buku Harapan, PH mampu menunjukkan corak politik baru yang relevan dan berkesan untuk Malaysia baru, “ katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas ucapan perbahasan titah Yang Di-Pertuan Agung, Nik Nazmi yang juga Setiausaha Organisasi PKR berkata tindakan Umno dan PAS yang menurutnya mengekalkan dasar berasaskan kaum, gagal menyelesaikan isu jurang pendapatan dan kemiskinan Bumiputera.

“Lebih kuat dilaungkan kemiskinan Bumiputera, lebih banyak tauke Bumiputera dan bukan Bumiputera membolot,” tegasnya.

Tambahnya, PH sudahpun mempunyai formula untuk menjuarai isu Melayu iaitu Agenda Ekonomi Malaysia yang dibentangkan Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: