Jumaat, 22 Mac 2019

Mahasiswa UM tuntut yuran majlis makan malam dipulangkan

THE MALAYSIAN TIMES
 



KUALA LUMPUR : Pihak pentadbiran kolej kediaman di Universiti Malaya (UM) diminta memulangkan semula wang bayaran yuran makan malam sebanyak RM120 kepada kira-kira 7,000 mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Pengerusi Angkatan Mahasiswa UM Muhammad Ahnaf Mohd Yunus berkata yuran itu telah dicaj secara automatik bersama yuran pengajian dan penginapan kolej pada minggu ketiga semester pertama iaitu Febuari lepas tanpa kebenaran pelajar.

Muhammad Ahnaf yang juga pelajar tahun empat Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu mendakwa pelajar tidak diberi pilihan dan dipaksa menyertai majlis makan malam atau dikenali sebagai Malam Anugerah yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang di ibu negara.

“Ini tindakan tidak relevan dan berperikemanusiaan kepada pelajar sedangkan wang itu boleh digunakan untuk membeli buku atau digunakan sebagai kos sara hidup,” katanya.–Bernama

Tiada ulasan: