Ahad, 17 Mac 2019

GULING MB : FAIZAL PURA-PURA TAK TAHU – SAARANI





Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebenarnya mengetahui wujud gerakan untuk menjatuhkan beliau dari dalam.

Beliau berkata Ahmad Faizal berpura-pura tidak mengetahui mengenai perkara itu atas tujuan politik.
“Dia tahu. Apabila benda ini berlaku (gerakan jatuhkan Menteri Besar) saya secara jujur menghantar maklumat kepada mereka. Nolee dan Zainol pun tahu perkara ini.

“Saya buat demikian dengan tujuan untuk dia mengambil tindakan sepatutnya kerana dia dalam keadaan terumbang ambing dan kerajaan seperti ini tidak baik untuk rakyat.

“Tapi nampaknya dia dalam sindrom penafian walaupun dia tahu,” katanya melalui sidang akhbar selepas Program Mengopi Bersama DSM (Datuk Saarani Mohd) di Perlop 2 di Sungai Siput, Perak pada Sabtu.

Beliau berkata perkara tersebut turut diketahui oleh dua bekas wakil rakyat UMNO yang menyokong pelantikan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar.

Ahmad Faizal sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya wujud gerakan untuk menjatuhkan beliau yang dikatakan dilakukan oleh Exco kerajaan negeri sendiri.


Tiada ulasan: