Khamis, 21 Mac 2019

AP : JAMAL CABAR LIM ULANG DAKWAAN LUAR PARLIMEN

Oleh Hazierra Lukman
 



Kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) seringkali mencetuskan kontroversi serta ketegangan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa bukti dan fakta yang tepat.

Satu persatu kenyataan menunding salah tanpa fakta tepat dibangkitkan di dalam sidang parlimen seolah-olah sengaja mencari pasal dengan barisan pembangkang yang dahulunya merupakan satu kerajaan yang berjaya dalam pentadbiran negara.

Terbaharu, ahli parlimen Kepong, Lip Lim Eng menimbulkan isu berkaitan 128 pemegang lesen import (AP) dan mendakwa ahli politik kontroversi UMNO, Datuk Seri Jamal Md Yunos turut terlibat.
Jamal ketika dihubungi mencabar Lim Eng untuk mengulangi kenyataan itu di luar parlimen bagi memudahkan siasatan jika perkara itu benar.

“Saya dengar berkenaan dakwaan yang disebut dalam sidang parlimen itu. Jadi saya cabar MP Kepong mengulangi kenyataan yang mambabitkan saya itu diluar parlimen.

“Mungkin dia ada fakta apabila berani mengaitkan nama saya, jadi saya cabar dia”, katanya.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, Lim menggesa agar pemegang AP dikaji semula dan Jamal adalah diantara yang didakwa mendapat manfaat daripada dasar AP terbuka itu.


Tiada ulasan: