Ahad, 31 Mac 2019

Saya makan nasi campur pun PH tak senang, kata ‘bossku’

ISMA WEB

Pihak tertentu cuba provokasi ketika Najib sarapan di Kuala Selangor


KUALA SELANGOR – “Yang memulakan provaksi akan terlepas. Yang memberi reaksi kepada provokasi akan ditangkap dan didakwa. Itulah undang-undang #MalaysiaBaru di bawah PH (Pakatan Harapan) sekarang.”

Itu ulasan Datuk Seri Najib Razak terhadap perbuatan beberapa pihak yang membawa poster berwajah beliau seperti badut ketika bekas perdana menteri itu bersarapan di sebuah restoran di sini, hari ini.

“Seperti penyokong “Raykat” DAP yang membuat hal semasa saya di sebuah restoran dekat UM (Universiti Malaya) dua minggu dahulu, orang PH cuba lagi untuk melakukan provokasi semasa sarapan pagi saya di Selangor.

“Saya makan nasi campur pun PH tak senang. Terima kasih kepada pihak polis yang telah menghalang mereka dari meneruskan provokasi mereka.

“Terima kasih juga kepada penyokong kami yang penuh bersabar. Penyokong kami tidak lagi senang untuk termakan provokasi dan termasuk perangkap pihak PH yang hanya berhasrat untuk mencari gaduh,” katanya.

15 Rejab lalu, sekumpulan pelajar UM mengadakan demonstrasi haram berhampiran masjid di luar universiti itu sambil membawa poster wajah badut Najib, ketika Ahli Parlimen Pekan itu bertemu orang ramai dalam sebuah restoran tidak jauh dari situ selepas solat Jumaat.

Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak antara sekumpulan pelajar yang mendakwa daripada Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) diketuai pemimpinnya, Wong Yang Ke, dengan beberapa penyokong Najib ketika program santai bekas perdana menteri itu sedang berlangsung di Restoran Amjal, berhampiran UM.

Susulan itu, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua UMNO Petaling Jaya, Abdul Mutalif Abdul Rahim dan dua individu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan mencederakan seorang penuntut universiti.


PRK RANTAU: BN WASPADA ‘SERANGAN’ PH


Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan Barisan Nasional (BN) akan terus memantau tindak tanduk Pakatan Harapan (PH) yang dijangka menggunakan jentera kerajaan dan parti untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam pilihan raya kecil (PRK) 13 April ini.

Katanya, perkara itu berlaku baru-baru ini apabila pemimpin mereka bertindak mengagihkan kupon makanan percuma kepada pelajar miskin di Rantau yang merupakan kesalahan pilihan raya.

“Barisan Nasional (BN) akan berwaspada dengan serangan seperti itu. Kita akan bergerak secara tersusun dan terancang sepanjang kempen.
“Kita berharap dapat menang dan dalam masa yang sama terus memperkukuhkan gabungan pembangkang,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon PRK DUN Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di Negeri Sembilan pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Ka Siong mengakui turut yakin calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mampu mencatat kemenangan dengan mandat lebih besar.

“Jasa dan populariti beliau tidak perlu dipersoalkan lagi. Saya yakin beliau akan bertemu semua dengan pengundi termasuk kaum Cina sepanjang kempen nanti,” katanya.


Calon bebas ahli Amanah taktik kotor PH

Wartawan MalaysiaGazette
xMGF03072017_PCUMNOLUARNEGARA01-681x452
Wan Md Hazlin Agyl.


KUALA LUMPUR – Tindakan seorang calon bebas PRK Rantau yang mengaku ahli Pas tetapi sebenarnya ahli Amanah dianggap permainan kotor politik Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya memakan diri.

“Tindakan ini adalah suatu tindakan yang mempunyai motif jahat untuk memecah-belahkan kerjasama yang terjalin antara Pas dan UMNO,” kata Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Wan Agyl Wan Hassan.

Apa yang lebih mendukacitakan, katanya, calon tersebut, Mohd. Nor Yasin menafikan fakta yang dia merupakan ahli Amanah walhal terdapat banyak bukti yang tersebar di media sosial yang menunjukkan dia adalah ahli parti pimpinan Mohamad Sabu.

Ini jelas menunjukkan bahawa penipuan sudah menjadi begitu sinonim dengan PH, ujarnya.

“Kejadian ini juga membuktikan yang terdapat pergelutan kuasa dan konflik di dalam PH atau sememangnya ia adalah taktik PH untuk menipu bagi mengelirukan pengundi,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Tambah Agyl, apa yang dikesalinya tindakan yang dilakukan oleh calon bebas dari Amanah ini jelas mempersendakan pengundi Rantau.

“Janganlah dek kerana kerakusan perebutan kuasa dalaman PH, mereka menjadikan pengundi Rantau sebagai mangsa.

“Maka sudah sampai masanya pengundi Rantau menunjukkan kuasa rakyat kepada PH dengan memberi amaran bahawa sebagai pemegang amanah rakyat, apa yang utama adalah kepentingan rakyat dan bukan mementingkan siapa yang patut memegang kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun selepas tular di media sosial, Amanah dengan pantas memecat keahlian Mohd. Nor.- MalaysiaGazette

Kerajaan jimat RM806 juta lepas semak kontrak rundingan terus

Norlaile Abd Rahman
xMGF013032019_LIM-GUAN-ENG-SDFF03-681x452
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR- Sejumlah 121 buah projek infrastruktur yang bernilai RM13.932 bilion yang ditawarkan secara rundingan terus dan terhad oleh kerajaan terdahulu kini diteruskan selepas kerajaan Pakatan Harapan melakukan rundingan semula.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hasil daripada rundingan tersebut kerajaan persekutuan berjaya mendapatkan penjimatan kos sebanyak RM805.99 juta.

Projek-projek tersebut bagaimanapun tidak termasuk projek mega seperti LRT3 yang melibatkan kos asal sebanyak RM31.65 bilion serta MRT 2 (RM39.35 bilion).

Harga kedua-dua projek berkenaan bagaimanapun telah berjaya dikurangkan masing-masing kepada RM16.63 bilion dan RM30.53 bilion, sekali gus memberikan penjimatan keseluruhan kepada kerajaan sebanyak RM23.84 bilion.

”Berdasarkan kajian semula tersebut, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan tender terbuka bagi projek-projek tender terhad dan rundingan terus yang belum dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST).

”Manakala, bagi 121 projek  tender terhad dan rundingan terus yang telah dikeluarkan SST, perjanjian tambahan akan dimuktamadkan selewat-lewatnya penghujung Mac 2019 setelah harga  dirunding semula sebagai usaha rasionalisasi kos projek tersebut sekaligus mengurangkan tekanan kepada kedudukan fiskal kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 26 Jun 2018, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan beberapa langkah awal untuk meningkatkan tadbir urus perolehan Kerajaan dan pengurusan kewangan negara.

Antara langkah yang diperkenalkan adalah kajian semula projek-projek yang ditawarkan secara tender terhad dan rundingan terus yang diputuskan oleh kerajaan terdahulu.

Tambah Guan Eng, kini semua perkara terperinci akan diuruskan oleh kementerian yang terlibat mengendalikan projek tersebut dan tidak membabitkan Kementerian Kewangan lagi.

”Mengambil kira perkembangan semasa ini, Kementerian Kewangan yakin bahawa pelaksanaan perolehan kerajaan secara tender terbuka pada masa akan datang akan memberi penjimatan kos dan nilai faedah terbaik kepada Kerajaan dan rakyat,” tambahnya.

Kaedah lama pemberian kontrak akan dikekalkan, kata Guan Eng.

Cuma perbezaannya hanya tender terbuka dijalankan untuk menggantikan penganugerahan secara rundingan terus atau tender; terhad melainkan ada faktor-faktor kecemasan, kepakaran tertentu yang diperlukan ataupun sebab-sebab khas.-MalaysiaGazette

Maszlee elak jawab pengiktirafan UEC bagi peperiksaan CLP

Kasthuri Jeevendran
xMGF30032019_PBAKL_05-681x452
Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik bercakap kepada media selepas Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM
 
 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik enggan mengulas  keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.

Malah sebelum sempat para pengamal media melontarkan soalan berhubung kenyataan tersebut, Maszlee hanya mengelengkan kepala, isyarat tidak mahu memberikan komen tentang apa-apa berkaitan UEC.

Malam tadi, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin menerusi  akaun Facebook rasminya mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.

“Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

“Terima kasih Peguam Negara,” katanya di sini.

Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.

Jelas Tommy, perubahan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelbagai cadangan daripada ramai orang dan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom (UK) mengenai penerimaan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.

Walaupun disoal dua kali oleh wartawan, Maszlee hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu disoal atau menjawab sebarang pertanyaan tentang pengiktirafan tersebut.

Dewan Rakyat

Dua minggu lepas ketika persidangan Dewan Rakyat, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam mengakui pihaknya belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf UEC sekolah persendirian Cina atau tidak.

Kata beliau, perkara itu masih lagi dalam peringkat libat urus serta proses mendapatkan pendapat daripada pelbagai pihak.

“Seperti mana yang kita maklum, kami (kementerian) telah menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dasar UEC, dan hari ini akan diadakan sidang media di pejabat KPM untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa serta membentangkan sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanakan.

“Oleh itu, belum ada keputusan yang dibuat dan sebarang keputusan akan diputuskan di Kabinet,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Peliknya ‘perangai’ calon bebas wanita PRK Rantau

Kumara Sabapatty
xMGF30032019_PRK-RANTAU-PENAMAAN_47-681x454
Calon Bebas, R. Malar bercakap kepada media pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sendayan, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL
 

PRK RANTAU – Dalam keadaan semua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau mula berkempen selepas penamaan calon lain pula dengan seorang calon bebas, M. Malar.

Wanita berusia 51 tahun itu hari ini memilih untuk berdiam diri selama dua hari bermula hari ini atas alasan sebagai protes sikap parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya tidak membenarkan calon mereka bercakap secara bebas pada beberapa PRK sebelum ini.

“Semasa PRK Cameron Highlands, BN tak membenarkan calon mereka bercakap dan berucap bebas dan di Semenyih pula calon PH dikawal daripada bercakap secara bebas kepada pemberita.

“Saya sebagai membidas tindakan itu dan mahu memulakan protes senyap dua hari kali ini dan saya minta maaf kepada pengundi sebab dua hari saya akan senyap tanpa kempen.

“Ia juga sebagai memberi peluang kepada calon-calon bertanding kali ini diberi peluang bercakap bebas,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengumuman calon bertanding PRK DUN Rantau dekat Seremban hari ini.

PH meletakkan Dr. S. Streram akan bertemu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menjadi calon BN.

Malar dan seorang lagi bekas pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar, Mohd. Nor Ariffin, 66, menjadi calon bebas dalam PRK yang sama.
MGF30032019_PENAMAAN CALON PRK RANTAU11
Dari kiri calon Bebas, Mohd Noor Yassin, Calon Barisan Nasional 
(BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, calon Bebas, R. Malar dan 
Dr. S Streram bergambar pada Penamaan Calon Pilihan Raya 
Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) 
Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL
Dalam pada itu, Malar yang merupakan anak jati Rantau dan pernah tinggal Kanada selama 25 tahun berkata, pihaknya  akan melancarkan manifestonya untuk pembangunan masyarakat setempat sambil menunjukkan kertas manifestonya sekali imbas kepada wartawan.

Namun Malar terus menyimpan manifesto itu semula dengan alasan tidak boleh mendedahkan manifesto itu pada jarak 50 meter.

“Saya tak akan dedahkan manifesto saya sehingga protes senyap selesai. Walaupun saya ‘perlahan seperti kura-kura’ tetapi akan menang juga dan saya pakai logo pokok atas kertas undi kali ini,” katanya suri rumah itu lagi.

Manakala seorang lagi calon bebas yang juga bekas ahli Pas,  Mohd. Nor pula mahu membawa pembangunan berasaskan Islam untuk masyarakat DUN Rantau.
MGF30032019_PENAMAAN CALON PRK RANTAU09
Calon Bebas, Mohd Noor Yassin hadir pada Penamaan Calon 
Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan 
(C) Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL
Menurutnya, PRK Rantau merupakan platform kedua beliau bertanding selepas di DUN Gemencih pada PRU-13 lalu sebagai ahli Pas pada tahun 2013.

“Islam itu adil sebab itu saya nak membawa pembangunan berasaskan Islam di sini. Harapan saya memanglah nak menang, kalau tak saya tak perlu bertanding.

“Selepas ini (penamaan calon) saya hendak rehat (dulu) dan memulakan kempen nanti. Manifesto (saya) akan menyusul dalam masa terdekat.- MalaysiaGazette

Sabotaj PH: DAP serah isu Mohd. Nor kepada Amanah

Nizam Zain
Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Xtra20 dan Railtime di Stesen Sentral, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI
 

KUALA LUMPUR – DAP mahu Parti Amanah Negara (Amanah) menyiasat dakwaan calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Mohd. Nor Yassin yang mengakui bukan ahli parti itu.

Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke berkata, pihaknya menyerahkan isu tersebut kepada kepimpinan Amanah untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan tiada lagi tindakan sabotaj yang merugikan Pakatan Harapan (PH).

“Saya tak pasti itu ahli Amanah atau tidak, itu terpulang kepada pimpinan Amanah untuk membuat siasatan, dia pula sendiri kata dia ahli Pas.

“Jadi saya pun tak pasti, itu terpulang kepada pimpinan Amanah untuk membuat tindakan seterusnya, tapi di peringkat kepimpinan semua parti telah memberi komitmen bahawa calon PH mesti disokong bersama.

“Semua parti dalam PH telah pun bersetuju dalam majlis pimpinan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon kita,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kad Diskaun Xtra20 KTM Komuter, di Kuala Lumpur Sentral, hari ini.
MGF31032019_Majlis Pelancaran Xtra20 dan MyRailtime_16
Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke bercakap pada sidang 
media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Xtra20 dan Railtime 
di Stesen Sentral, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI,
Beliau mengulas tindakan Mohd. Nor semalam yang bertindak menjadi calon Bebas bagi PRK DUN Rantau yang dilihat sebagai satu cubaan untuk mensabotaj calon PH dari PKR, Dr. S. Streram.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Mohd. Nor, Streram, Datuk Seri Mohamad Hasan (Barisan Nasional) dan seorang lagi calon Bebas, R. Malarvizhi.

Mohd. Nor yang merupakan bekas ahli Pas mendakwa bertanding kerana mahu menegakkan kepemimpinan Islam dan berharap ahli Pas mengundinya. – MalaysiaGazette

Laporan CEP: Kerajaan tak serius untuk reformasi institusi

Norlaile Abd Rahman
xMGF20082018_MAJLIS-PENASIHAT-KERAJAAN04-681x454
Arkib: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin (tengah) bercakap pada sidang media Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bertempat di Menara Ilham, Jalan Binjai, Kuala Lumpur. foto MIRZA HASIM,
 

KUALA LUMPUR- Tindakan kerajaan untuk tidak mendedahkan laporan daripada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) menunjukkan ketidakseriusannya di dalam menunaikan janji untuk melakukan reformasi institusi.

Menurut CSO Platform for Reform dan 54 badan bukan kerajaan (NGO) yang lain, mereka memahami terdapat dokumen-dokumen rahsia yang tidak boleh didedahkan kerajaan kepada umum demi menjaga keselamatan negara namun laporan CEP tidak sepatutnya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

“Dasar kerajaan perlu diubah seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) di dalam manifesto dan sering dilaung-laungkan semasa perhimpunan-perhimpunan yang diadakan sebelum pilihanraya.

“Kita perlu melakukan reformasi kepada institusi-institusi utama negara seperti Parlimen, sistem kehakiman dan polis dan kami mendesak supaya undang-undang represif yang sering disalahgunakan oleh kerajaan terdahulu diubah.

“Salah satunya adalah OSA.

“Kami memahami yang kerajaan perlu melindungi dokumen-dokumen rahsia tertentu demi keselamatan dan kesejahteraan negara namun meletakkannya di bawah OSA adalah sesuatu yang salah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, PH tidak seharusnya melakukan satu lagi u-turn apatah lagi di mana reformasi adalah asas paling penting untuk demokrasi.

OSA mesti disemak semula dan dihadkan manakala Akta Kebebasan Maklumat pula perlu diwujudkan seperti yang telah dijanjikan oleh manifesto PH.

Kerajaan dan ahli politik daripada kedua-dua belah pihak juga diminta untuk menjalankan semakan komprehensif terhadap Akta Rahsia Rasmi 1972 supaya ia sejajar dengan standard antarabangsa dan menghadkan undang-undangnya kepada perkara-perkara berkaitan keselamatan negara, pertahanan, hubungan antarabangsa dan kriteria-kriteria lain yang lebih sempit.

Mereka juga menggesa supaya Akta Kebebasan Maklumat digubal dengan segera.

Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi yang disediakan di bawah CEP perlu didedahkan kepada umum sama seperti laporan CEP.

“Pendedahan laporan CEP yang mengandungi maklumat sensitif seperti kewangan dan maklumat rahsia kepada umum perlu disunting (redacted) jika perlu,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:
Laporan CEP: Ada perkara dalam rundingan, tidak boleh dedah
Terserah pada kerajaan untuk dedah laporan CEP – Daim
Laporan CEP: Apa guna rahsia kalau beritahu rakyat

TOK MAT LAMBANG HARAPAN RAKYAT

Wartawan Watan-Online
 



Bekas menteri besar Negeri Sembilan yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau merupakan simbol kepada harapan rakyat pada ketika ini.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata selepas hampir setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir, rakyat mula sedar bahawa PH tidak boleh diletakkan harapan malah harapan itu telah kembali diletakkan kepada BN.

Justeru beliau berkata sebagai Pemangku Pengerusi BN, kemenangan Mohamad sudah tentu memberikan isyarat amaran kepada PH bahawa rakyat kini telah bangkit akibat kecewa dengan kegagalan PH.

“Tok Mat adalah harapan rakyat, Tok Mat menang kebangkitan rakyat dan kerajaan PH akan jadi kerajaan satu penggal, Pilihan Raya Umum Ke-15 kita pastikan BN rampas semula kerajaan Persekutuan dan Negeri Sembilan.

“Beliau menjalankan tugas Presiden UMNO menang di Cameron Highlands, Semenyih dan akan melengkapkan hatrik di Rantau. Tok Mat telah berikan satu sentuhan ajaib kepada UMNO dan BN,” katanya ketika berucap dalam Majlis Mesra Bersama Pemimpin di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Sagga, Rantau, Negeri Sembilan pada malam Sabtu.

Tambah beliau, PRK Rantau turut bertindak sebagai membalas jasa Mohamad Hasan sebagai bekas menteri besar Negeri Sembilan yang banyak mencurahkan bakti ke negeri dan DUN tersebut.

“Tidak ada pemimpin lain yang mana namanya sinonim dengan kawasannya seperti mana Tok Mat.
Bila kita sebut Rantau mesti orang akan ingat Tok Mat, bila kita cakap Tok Mat tiada tempat lain, mesti kita sebut Rantau.

“Jadi sekiranya ada jasa daripada Tok Mat, inilah pula masa untuk kita berjasa semula kepada beliau dengan penduduk Rantau mengundi dan memberi kemenangan besar kepada Tok Mat pada 13 April nanti,” katanya.


Najib sokong siar perbicaraannya secara langsung


Wartawan MalaysiaGazette

xMGF12032019_PARLIMEN_60-681x454
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyokong perbicaraannya disiar secara langsung di televisyen.

Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran perjalanan kesnya.

“Saya akan menyokong siaran langsung kerana ia akan membantu ketelusan dan memastikan ‘rule of law’ (pemerintahan mengikut undang-undang) dipatuhi,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebook beliau hari ini.

Sebelum itu, ada NGO mendesak kerajaan membenarkan perbicaraan Najib berhubung dakwaan berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. pada Rabu ini disiarkan secara langsung.

Baru-baru ini Penasihat NGO-NGO Saudara Islam SeMalaysia, Shafik Abdullah mahu Mahkamah Persekutuan supaya membenarkan perbicaraan bagi kes melibatka Najib disiar secara langsung termasuk menerusi stesen televisyen tempatan.

Mahkamah Tinggi di sini pada 28 Mac lalu menetapkan 3 April ini untuk perbicaraan tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri tersebut.

Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Ahli Parlimen Pekan itu menangguhkan perbicaraan kesnya.

Perbicaraan kes itu pada awalnya dijadualkan bermula 12 Februari sehingga 29 Mac ini tetapi ditangguhkan sebanyak dua kali selepas Mahkamah Rayuan pada 11 Februari dan 21 Mac lalu membenarkan permohonan penangguhan.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah serta satu pertuduhan menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC.

CLP: Kenapa AG tak sensitif?

Wartawan MalaysiaGazette
xMGF21122018_MAJLIS-PROFESSOR-NEGARA_18-681x454
Prof Dr. Teo Kok Seong
KUALA LUMPUR – Peguam Negara didakwa tidak sensitif apabila memperakui Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Meskipun, ia merupakan kuasa mutlak seorang Peguam Negara tetapi persoalannya mengapa pengiktirafan itu dilakukan secara tiba-tiba dan dalam ketika kajian pengiktirafan sijil itu sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.

Penganalisis tempatan, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, akibat daripada keputusan itu rakyat tertanya-tanya apakah kewajaran untuk mengiktiraf UEC yang sejak sekian lama menjadi polemik.
Lantaran itu, Tommy Thomas perlu menjelaskan mengenai keputusan yang dibuat.

“Keputusan Peguam Negara menjadi perdebatan kerana ia dianggap sebagai piecemeal atau pembaharuan tambahan dalam sesuatu sistem untuk satu tujuan.

“Mengapa tiba-tiba dan sekarang?

“Satu lagi, bukankah kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dijadikan penanda aras dalam peperiksaan di Malaysia memandangkan peperiksaan itu mempunyai tiga subjek teras pembinaan bangsa negara melalui subjek bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam/Moral.

“Jelaskan mengapa ia tidak dijadikan penanda aras dalam CLP?,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Jelasnya, pengiktirafan UEC yang disamakan dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) memberi isyarat yang salah terhadap penduduk majoriti Malaysia kerana ia dilihat sebagai satu cubaan untuk ‘menganggu-gugat’ sistem pe ndidikan negara dan mencabul Dasar Pendidikan Negara.

“Dari segi undang-undang ia tidak salah. Tetapi dari segi moral ia adalah titik hitam kepada sistem pendidikan, kepada perjuang bangsa negara,” ujarnya yang kecewa dengan keputusan tersebut.

Mengulas lanjut, Kok Seong percaya, walaupun peguam-peguam negara terdahulu mempunyai kuasa mutlak itu namun mereka mengambil banyak pertimbangan kewajaran tentang negara dan kontrak sosial antara kaum, lantaran itu UEC tidak pernah berada dalam pertimbangan.

Baru-baru ini, Tommy yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesional Undang-Undang Malaysia mengumumkan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pada tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ O-Levels/setaraf yang diperoleh dalam 1 peperiksaan yang sama.

Syarat ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang mendaftar bagi kemasukan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selepas pengumuman keputusan terdahulu pada 5 Jun 2018.

Bagi mengelak apa-apa kekeliruan, adalah perlu ditekankan bahawa 1 Jan 2021, semua pelajar sama ada pemegang sijil UEC atau kelayakan lain yang diiktiraf, yang ingin menduduki peperiksaan CLP hendaklah memenuhi syarat 5 kepujian di peringkat SPM/O-Levels/ setaraf, dan kelulusan yang berkenaan di peringkat STPM/ UEC/A-Levels/setaraf yang diperolehi dalam 1 peperiksaan yang sama.

Menurut kenyataan itu, semua syarat lain adalah kekal terpakai sebagaimana dinyatakan dalam “Garis Panduan Baharu Kelayakan dan Syarat Untuk Layak Menduduki Peperiksaan CLP (Ijazah Undang-Undang dari United Kingdom) dan Garis Panduan Kelayakan dan Syarat Pengiktirafan Pemegang ijazah Undang-Undang dari Australia dan New Zealand Untuk Layak Mengikut Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Terdahulu, pada 5 Jun 2018, lembaga kelayakan itu mengumumkan keputusan bahawa syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil kelayakan UEC mulai tahun 2021 ialah perlu mempunyai kelayakan UEC dan lulus penuh sekurang-kurangnya dua mata pelajaran di peringkat STPM/A-Levels.

Pada masa ini, syarat kelayakan bagi pemegang sijil kelayakan UEC untuk menduduki CLP adalah memperoleh sekurang-kurangnya tiga kepujian di peringkat SPM/O-Levels yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama; atau kelayakan UEC dan lulus penuh sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran di peringkat STPM /A-Levels yang diperoleh dalam satu peperiksaan sama. – MalaysiaGazette

Jangan perlekeh rakyat, Daim beritahu kerajaan

Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin berkata, rakyat tidak 
suka sekiranya mereka dilayan seperti orang bodoh.

PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya tidak memperlekehkan rakyat dan melayan mereka seperti orang bodoh.

Mengakui bahawa “perasaan seronok” yang terhasil daripada pilihan raya umum ke-14 tahun lepas semakin menghilang, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin berkata, perasaan itu kini digantikan dengan perasaan tidak puas hati yang semakin banyak.

“Saya yakin dengan rakyat. Mereka lebih pandai daripada sangkaan anda.

“Jika anda jujur, mereka akan faham. Jangan pandaang mudah rakyat. Rakyat tidak suka kalau anda layan mereka seperti orang bodoh,” katanya dalam satu temu bual dengan akhbar Sunday Star.
Ketika ditanya tentang pencapaian kerajaan PH, bekas menteri kewangan itu berkata, lebih penting ialah bagaimana rakyat menilai prestasi itu.

Katanya, PH masih “sangat muda” dan pemimpinnya mesti meneroka matlamat dan prinsip bersama yang boleh dikongsi dan perjuangkan oleh kesemua anggota pakatan politik itu.

“Pakatan perlu fokus pada kekuatannya, iaitu komitmen pada demokrasi dan janji untuk memperkuat institusi perlembagaan kita,” kata beliau.

Dalam temu bual 90 minit itu, ketika ditanya jika wujud masalah dari sudut perkongsian kuasa dan kebolehan menteri yang dilantik menganggotai Kabinet, Daim berkata, “PH masih di peringkat umur kanak-kanak”.

“Jadi isu awal seperti perkongsian kuasa akan timbul kerana tidak semua orang tidak mementingkan diri sendiri.

“Bagaimanapun perwakilan parti komponen dalam Kabinet seimbang. Tidak seperti Barisan Nasional (BN), PH tidak mengamalkan kaedah perwakilan berkadar. Semua anggota setaraf,” katanya.

Daim juga mengemukakan pandangannya mengenai beberapa isu lain.

Pengganti Dr Mahathir

Ditanya tentang calon terbaik bagi menggantikan Dr Mahathr Mohamad sebagai perdana menteri, Daim berkata, “individu yang mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen”.

“…tetapi perkara ini telah diputuskan. Saya tidak faham kenapa ia terus dibangkitkan.

“Ada beberapa pihak yang suka mengambil peluang di atas ketidakstabilan. Mari kita tumpukan perhatian kepada ekonomi, sekali gus menyelesaikan isu yang akan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.”

Daim berkata, tidak ada salahnya jika sebuah parti politik mahu bekerjasama dengan parti politik yang lain.

“Tetapi masalah akan timbul sekiranya anda berkata kerjasama anda adalah bagi memperjuangkan kaum atau agama tertentu.”

Politik perkauman

Daim berkata, politik perkauman tidaklah semakin memecahbelahkan, sebaliknya politik kini semakin berpecah mengikut garis perkauman.

“Ia mungkin bermula sebagai satu bentuk “permainan” yang dimainkan oleh ahli politik untuk mendapat sokongan, tetapi akan tiba ketikanya apabila ahli politik tidak berupaya mengawal emosi dan tindakan penyokong mereka.

“Ahli politik akan membangkitkan semangat mereka sehingga ia meluap-luap, akan tetapi apabila ia tidak dapat dikawal, mereka (ahli politik) akan berlepas tangan. Negara rugi, rakyat akan menderita akibatnya,”

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum dan agama.

“Kita tidak boleh lari daripada kenyataan ini. Malaysia dibangunkan dengan darah, peluh dan air mata semua kaum yang bekerja bersama-sama.”

Mengetuai CEP dan rundingan ECRL

Ketika ditanya apakah beliau bimbang sekiranya pelantikannya sebagai pengerusi CEP dan mengetuai beberapa tugas kerajaan seperti rundingan ECRL dengan China tidak diterima baik dalam kalangan sesetengah anggota PH, Daim berkata, beliau tidak terdengar rasa tidak puas hati sebegitu.

Sebilangan penulis blog mencadangkan saya tidak mengetuai rundingan tersebut.

“Hakikatnya tidak ramai menteri dalam PH yang mempunyai apa-apa pengalaman berunding dengan China. Saya mendapat peluang dan mempunyai pengalaman bekerja dengan kerajaan China selama bertahun-tahun dan berjaya menjalin hubungan berharga dengan mereka.

“Saya percaya sekiranya negara mendapat manfaat daripada rundingan yang saya kendalikan sekarang, maka mereka yang dikatakan tidak gembira itu akan menerimanya dengan baik.”

Beliau bersetuju dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bahawa rundingan itu mengambil masa dan rumit.

“Beliau (Lim) sibuk dan untuk mengurus semua rundingan 2 hala ini akan menyebabkan beliau terpaksa menghabiskan masanya untuk satu perkara sahaja.

“Saya telah membantu kerajaan dalam isu rundingan 2 hala sejak tahun 80-an. Saya gembira sekiranya dapat menyerahkan rundingan itu kepada mana-mana orang yang berminat. Saya tahu (Tan Sri) Rafidah Aziz, antara lain, ada pengalaman dalam bidang ini.”

Ditanya sama ada beliau akan mengubah mana-mana syor CEP dalam keadaan sekarang, Daim berkata, “saya tidak boleh beritahu anda tentang itu kerana ia bermakna saya akan mendedahkan kandungan laporan CEP. Hanya perdana menteri boleh berbuat demikian.

“Sebagai anggota CEP kami tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

“Ada yang menulis dan berkata bahawa CEP menggugat kedudukan Kabinet. Jelas ada pihak yang tidak memahami Perlembagaan kita. Untuk pengetahuan anda, sesetengah negara mempunyai CEP dalam versi tertentu sebagai sebuah institusi kekal. Anda fikir ia menggugat Kabinet mereka?”

Rantau: Cubaan pertama melagakan Umno-PAS hancur berkecai






Pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Rantau semalam, muncul seorang calon bebas bernama Mohd Nor Yassin.

Beliau memperkenalkan dirinya seorang bekas ahli PAS yang pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-13 di DUN Gemencheh, Negeri Sembilan. Semua media melaporkan beliau sebagai bekas calon PAS pada PRU-13.

Umum mengetahui PAS akan memberikan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional, yang juga Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan di Rantau. Semua ahli dan pendokong PAS juga tahu akan hal ini, dan setakat ini tiada bantahan.
Sejurus selepas penamaan calon, riuh di media sosial kononnya penyertaan Nor, sebagai seorang ahli PAS, petanda akar umbi PAS melakukan sabotaj terbuka terhadap keputusan pimpinan PAS untuk menyokong Tok Mat di Rantau.

Tiada pimpinan Amanah yang bersuara ketika itu sehingga sebelah petangnya selepas identiti Nor dibongkar oleh warga internet dan juga setiausaha agung PAS.

Netizen membongkar Nor menyertai Amanah pada 10 Mac yang lalu melalui satu coretan Facebook milik Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abdul Ghani di bawah.

Gambar Nor menerima sijil keahlian Amanah juga terpapar dengan jelas.

 Ketika gambar tersebut tular, tiba-tiba status Facebook bertarikh 10 Mac milik Taufek diubah kepada “Belia Harapan Negara” 44 minit sebelum semakan dibuat pada 5.27 petang semalam.



 
Persoalan pertama: Apakah perlu Taufek atau admin Facebook Taufek melakukan edit tersebut? Apakah niat sebenar edit yang dilakukan ini? Netizen boleh berspekulasi tapi hanya mereka yang tahu niat sebenar.

Pada masa yang sama, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan rekod PAS menunjukkan Nor bukan ahli PAS dan beliau menyertai Amanah pada 10 Mac 2019.

Ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan Takiyuddin, Nor bertegas masih seorang ahli PAS.

Persoalan kedua: Mengapa beliau berbuat demikian?

Mungkinkah seorang yang waras dan cerdik seperti beliau boleh terlupa dia menyertai Amanah pada 10 Mac yang lalu? Mungkin, tapi ini susah dipercayai.

Mungkinkah beliau melakukan ini secara peribadi tanpa berbincang dengan sesiapa? Mereka yang naif politik sahaja yang akan mempercayai seseorang boleh menyertai pilihan raya tanpa berbincang dengan sesiapa.

Ketegasan Nor mengaku sebagai ahli PAS dan enggan menyentuh keahliannya dalam parti Amanah ketika ditanya para pemberita mendedahkan beliau cuba meraih undi orang PAS di Rantau.

Jika beliau dapat memecahkan undi ahli PAS, maka undi Tok Mat akan berkurangan dan ini akan memberikan kelebihan kepada calon Pakatan Harapan.

Jadi jelas, kemasukan Nor pada PRK Rantau ini bukan sabotaj terhadap Pakatan Harapan, sebaliknya bertujuan menolong Pakatan Harapan selari dengan niatnya menyertai Amanah.

Bukan semua orang ada kesanggupan seperti Nor untuk melakukan pengorbanan ini. Semangat membantu parti ini wajar dipuji.

Namun begitu, beliau perlu sedar risikonya tinggi di mana beliau akan ditinggalkan bersendirian sekiranya keahliannya dalam Amanah terbongkar.

Ini terbukti betul apabila keahliannya disahkan Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir sendiri dan terus mencadangkan agar beliau dipecat meskipun Nor menafikan kenyataan Takiyuddin.

Malah, ada pimpinan Amanah yang mahu perkara ini diselesaikan lebih cepat, contohnya Naib Presiden Amanah, Husam Musa yang terus mengumumkan keahlian Nor gugur secara automatik.

Sama ada Nor sememangnya bertindak secara bersendirian, atau diarah bertanding secara bebas di Rantau untuk memecahkan undi lawan, hanya beliau yang tahu.

Taktik ini sungguh rapi. Kesungguhan beliau mengheret nama PAS dalam permainan ini dan sosial media yang tidak pernah lupa menyebabkan ekornya terdedah.

Dan dengan itu, serangan pertama untuk memecahkan undi Umno dan PAS di Rantau hancur berkecai dan kini menjadi senjata makan tuan. Cuma, siapakah tuannya? Apakah Nor sendiri atau ada orang lain? Ini terpulang pada Nor sama ada beliau sudi tampil menjelaskannya.

50 NGO mahu kerajaan dedahkan laporan CEP

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Daim Zainuddin berkata, 
terserah kepada kerajaan sama ada mahu mendedahkan laporan 
majlis itu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersatu suara menggesa kerajaan mendedahkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) kepada umum dan tidak meletakkannya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Kumpulan masyarakat sivil itu mendesak Putrajaya supaya tidak melanggar janji yang dibuatnya, dengan berkata, tindakan meletakkan laporan CEP di bawah OSA bermakna kerajaan mahu menyembunyikan sesuatu, sekali gus mengelak tanggungjawab.

“Hakikat bahawa seorang timbalan menteri Pakatan Harapan (PH) mewajarkan langkah merahsiakan laporan yang disediakan dengan tujuan membantu proses pembaharuan, membimbangkan masyarakat sivil tentang komitmen kerajaan ini pada pembaharuan,” kata mereka dalam satu kenyataan.

NGO berkenaan, yang mengingatkan PH bahawa “pembaharuan” merupakan “batu asas” yang membawa kepada pilihan raya umum lepas berkata, OSA adalah undang-undang represif yang perlu dikaji semula.

“OSA adalah undang-undang cacat yang telah disalahgunakan bagi menyembunyikan perbuatan jenayah dan salah laku kerajaan.

“Ia telah digunakan untuk mengklasifikasikan pelbagai jenis dokumen sebagai rahsia, termasuk perjanjian konsesi lebuh raya dan air, minit mesyuarat dewan bandaraya dan indeks pencemaran udara,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, maklumat kewangan yang sensitif dan sulit boleh dipadamkan jika perlu.

Kumpulan itu juga mahu laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi dan enakmen Akta Kebebasan Maklumat didedahkan kepada umum.

“Maklumat yang penting dan berguna hendaklah boleh dicapai dan diakses oleh semua orang,” kata mereka.

Semalam, akhbar The Star melaporkan pengerusi CEP, Daim Zainuddin berkata, beliau mahu laporan itu didedahkan kepada umum bagi membolehkan ia dibahas.

Bagaimanapun kata bekas menteri kewangan itu, terserah kepada Putrajaya untuk mengambil langkah itu.

Premis tawar GRO persis ratu, tak pernah diserbu

Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Norizuan Samsuddin
 

PERSIS pertunjukan fesyen dan pertandingan ratu cantik.

Itu gambaran lima premis pusat hiburan di Scott Garden, Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur yang menyediakan pentas untuk wanita pelayan pelanggan (GRO) melakukan ‘catwalk’ sebelum dipilih lelaki hidung belang.

Pelanggan yang berminat dengan ‘model’ di atas pentas itu disyaratkan membeli kalungan bunga berharga RM40 hingga RM3,000 sebelum mendampingi wanita terbabit.


Tinjauan Harian Metro mendapati, modus operandi di semua pusat hiburan berkenaan kini menjadi kegilaan lelaki hidung belang.

Model yang menerima kalungan bunga berharga RM300 dan ke atas boleh dibawa pulang bergantung kepada persetujuan bersama.

Tinjauan mendapati setiap premis menyediakan kira-kira 70 model dari Thailand yang berpakaian seksi.

Setiap model diwajibkan melakukan ‘catwalk’ di atas pentas sebelum dipilih pelanggan dengan membeli kalungan bunga.

Premis berkenaan kini menjadi kegilaan lelaki, termasuk golongan profesional yang mendambakan layanan istimewa GRO persis model itu.

Seorang penjual kalungan bunga berkata, model yang diberikan kalungan bunga oleh pelanggan perlu sentiasa berada di sisi mereka dan melayan dengan baik.

“Di sini tujuannya adalah untuk melayan pelanggan, jika pelanggan bernasib baik mereka boleh membawa pulang model berkenaan untuk melakukan seks.

“Mereka (GRO) beroleh 92 peratus daripada harga kalungan bunga berkenaan. Malah, pendapatan bulanan GRO itu mencecah RM10,000 sebulan,” katanya.

Difahamkan, ada antara premis yang berada di bangunan sama itu turut menyediakan wanita dari Russia sebagai GRO.

Lelaki penjual kalungan bunga itu berkata, dia dapat menjual kira-kira RM5,000 bunga sehari bergantung kepada kehadiran pelanggan.

“Bukan saya saja yang menjual bunga di sini, tetapi terdapat tiga lagi pekerja yang menjual kalungan bunga.

“Kedai (premis) buka pada jam 9.30 malam dan biasanya akan habis (tamat) pada jam 4 pagi,” katanya.

Katanya, sehingga kini premis berkenaan tidak pernah diserbu mana-mana pihak berkuasa.

“Abang jangan risau, sini ada bouncer (penjaga), ramai datang sini untuk berhibur.

“Sejak dua tahun beroperasi tak pernah diserbu lagi, sebab bukan premis kami saja, ada empat lagi premis di belakang juga sama,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Calon Bebas enggan ulas keahlian AMANAH

Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid

 
 
CALON Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Mohd Nor Yassin enggan mengulas lanjut mengenai statusnya sebagai ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bertanding atas tiket Bebas tanpa restu daripada parti sekutu Pakatan Harapan (PH) itu.
 
Mohd Nor, 67, sebaliknya ketika dihubungi Harian Metro pagi ini memberi isyarat 'tunggu dan lihat' tanpa mengulas mengenai punca tindakannya bertanding.

"Saya ada urusan kerana saudara meninggal dunia pagi ini di Mambau.

"Saya tak dapat bercakap kerana masih terkejut atas kematian saudara. Minta maaf, ada masa kita jumpa ya," katanya sebelum mematikan panggilan telefon.

Semalam, Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Mohd Tahir dalam satu kenyataan mengesahkan Mohd Nor adalah ahli baharu parti itu berdasarkan semakan keahlian parti.

“Menurut tatacara perlembagaan AMANAH, jawatankuasa pengurusan AMANAH akan mencadangkan pemecatan keahlian Mohd Nor Yassin kepada jawatankuasa tatatertib parti kerana bertanding tanpa menerima watikah pelantikan calon daripada parti.

"Sementara menunggu keputusan Jawatankuasa Disiplin Parti, semua ahli dan penyokong yang bertugas di PRK Rantau diarahkan hanya membantu kempen calon PH Dr S Streram,” katanya menerusi kenyataan itu.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan Mohd Nor adalah ahli partinya, sebaliknya dia menyertai AMANAH pada 10 Mac lalu.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  •  
  •  
  • SIS terima dana timb menteri: PAS jangan guna agenda agama - MP

    MALAYSIAKINI

       

    Anggota Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berkata PAS tidak perlu menggunakan agenda agama mengenai isu berkaitan hak-hak wanita di sisi perundangan.

    Beliau merujuk kenyataan MP PAS dari Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof yang mempertikaikan peruntukan RM20,000 yang diberikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh kepada NGO Sisters in Islam (SIS).

    “Kenyataan Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat berhubung peruntukan itu hanya cubaan PAS untuk mendorong kerajaan ke arah agihan dana secara terpilih yang mengutamakan agama dan ideologi,” katanya.

    Menjelaskan hal ini, Maria berkata sudah tiba masanya parti itu memahami kepentingan kerja-kerja kebajikan yang dijalankan NGO tersebut.

    “Dana kementerian mestilah tidak berpihak parti politik. SIS menepati syarat-syarat yang ditentukan kementerian termasuklah memperbaiki kebajikan wanita.

    "Sementelahan, pengurusan kewangan NGO itu memiliki (mekanisme) semak dan imbang yang menjadikannya telus dan bertanggungjawab," kata Maria lagi.

    Menurut Maria, SIS memberikan klinik bantuan perundangan percuma melalui program dikenali sebagai Telenisa untuk membantu 8,400 individu dari seluruh negara termasuk Kelantan dalam soal undang-undang keluarga Islam dan kesalahan jenayah syariah, sejak 2003.

    "Ini termasuklah kes-kes perceraian, poligami, penjagaan anak dan pembahagian harta.

    "Tanpa pertubuhan seperti SIS, wanita yang terpinggir ini mungkin tidak berupaya menerima sokongan yang diperlukan dan akhirnya tidak terbela.

    "PAS perlu sedar serangan sebegitu hanya akan menyakitkan golongan (memerlukan) yang sudah tiada arah lagi yang hendak dituju," katanya lagi.

    Sekurang-kurangnya separuh daripada wanita terbabit, kata Maria cuma meraih nafkah bulanan di bawah RM2,500 dan tidak mampu menanggung bayaran yuran guaman dalam melalui proses rumit perundangan syariah dan berbeza-beza di setiap negeri.

    Yeoh pada Khamis lalu memberitahu Dewan Rakyat sumbangan kepada SIS itu datangnya daripada dana beliau selaku timbalan menteri, bukan daripada kementerian.

    Dana tersebut adalah sebagai menyokong usaha SIS dalam mengumpulkan data serta statistik mengenai wanita Islam selain membantu golongan tersebut, jelas Yeoh.




    'Pengundi Rantau makin bimbang kedudukan Islam'

    MALAYSIAKINI

       

    PRK RANTAU | Senator Umno, Khairul Azwan Harun hari ini mendakwa kebimbangan mengenai kedudukan Islam semakin meningkat di kalangan pengundi Rantau.

    Khairul berkata ini berdasarkan kajian oleh Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) yang diasaskannya namun enggan mendedahkan butir-butir mengenai kaji selidik itu apabila ditanya.

    Khairul mendakwa tinjauan tersebut dilakukan terhadap 600 pengundi di mana dua pertiga daripada mereka berumur lebih 30 tahun dan 59 peratus adalah orang Melayu.

    Bagaimanapun, demografi dan metodologi yang digunakan tidak diketahui kerana Khairul memberitahu tinjauan itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

    "Daripada tinjauan itu, kami mendapati bahawa peluang pekerjaan dan kos sara hidup adalah isu yang paling penting dalam fikiran pengundi. Secara individu, kedua-dua kebimbangan ini diperhatikan terhadap lebih 60 peratus responden.

    "Menariknya, kebimbangan mengenai sosial dan agama semakin meningkat dengan 50 peratus daripada subjek menyatakan kebimbangan terhadap kedudukan Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

    Dari segi populariti, Khairul mendakwa 79 peratus responden menyukai Adun Rantau selama tiga penggal, Mohamad Hasan, yang juga pemangku presiden Umno.

    "Di kalangan pemimpin Pakatan Harapan, Tun Mahathir masih menjadi yang paling popular, diterima kira-kira 72 peratus mereka yang ditinjau.

    "Timbalan Perdana Menteri (Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan (Presiden PKR) Anwar Ibrahim berada di tempat kedua, kedua-duanya mendapat sekitar 50 peratus dari usaha mereka sejak beberapa bulan lalu.

    "Di kem Barisan Nasional, Mohamad Hasan, yang merupakan pemangku presiden Umno adalah yang paling popular dengan 79 peratus, diikuti oleh Khairy Jamaluddin. Kedua-duanya ialah pemimpin tempatan," didakwa Khairul.

    "Menariknya, (Anggota Parlimen Sembrong) Hishammuddin Hussein mendapat sambutan lebih besar berbanding bekas perdana menteri Najib Razak," katanya.

    Terdahulu, Mohamad, yang juga calon BN bagi Rantau meminta lawannya berkempen secara sihat dan tidak menjejaskan keharmonian kaum di kawasan itu.

    Umno dan PAS dituduh menggunakan sentimen perkauman dan agama pada pilihan raya kecil sebelum ini di Semenyih.

    Mohamad sendiri mencipta kontroversi apabila mengatakan bahawa orang Melayu telah diketepikan sejak PRU14 dan mereka yang sebelumnya penumpang kini tinggal di rumah besar.

    Pilihan raya kecil Rantau akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamad, calon PH, Dr S Streram dan dua calon bebas iaitu R Malar dan Mohd Nor Yasin.


    PASARAYA HARGA MURAH OLEH SULTAN JOHOR, CABARAN BUAT PH



    Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilapor akan membuka sebuah pasaraya harga murah di negeri itu.

    Pasaraya yang akan menjual barang keperluan harian pada harga murah itu diusahakan oleh baginda melalui kerjasama strategik dengan sebuah pasaraya besar yang sedia ada di Johor.

    “Pasar raya ini memberi jaminan bahawa mereka boleh menjual barang pada kadar 10 peratus lebih rendah, pada masa sama turut memberi jaminan pada kualitinya.

    “Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah,” titah baginda dalam hantaran terbaru di laman sosial.

    Langkah Sultan Johor ini tentu saja harus dipuji dan menunjukkan keprihatinan baginda terhadap rakyatnya.

    Ia bukan saja sebagai usaha untuk menangani kos sara hidup rakyat, malah ia secara tidak langsung merupakan cabaran buat PH.

    Ini kerana, dalam kempen-kempen sebelum PRU14 lalu, antara isu yang sering dimainkan oleh PH ialah untuk menangani kos sara hidup serta memberi keselesaan kepada rakyat menjalani kehidupan seharian lantaran BN ketika itu didakwa gagal berbuat demikian.

    Bagaimanapun, setelah 10 bulan berlalu menjadi kerajaan, usaha memberi lebih keselesaan hidup kepada rakyat masih lagi belum menampakkan sebarang bayangnya serta dalam masa yang sama kenaikan harga barang keperluan harian terus mencekik dan mencanak setiap hari.

    Di mana-mana ketika ini rungutan rakyat ialah berkaitan kos sara hidup yang semakin tinggi serta kegagalan PH menunaikan janji sebagaimana yang mereka laungkan sebelumnya.

    Sememangnya tugas memberi keselesaan hidup kepada rakyat ialah tanggungjawab kerajaan yang sedang berkuasa.

    Dengan itu, PH bukan saja harus berasa malu dengan usaha Sultan Johor ini, malah sepatutnya tidak berlengah lagi melaksanakan sesuatu yang berkesan dan bermanfaat demi keselesaan hidup rakyat.



    Kenali calon-calon PRK Rantau

     
       
    KINIGUIDE | Tahun lalu DUN Rantau sepatutnya menjadi medan pertarungan satu lawan satu antara calon BN dan PH tetapi pilihan raya kecil kali ini telah bertukar menjadi pertembungan empat penjuru pada 13 April ini.

    DUN Rantau dikosongkan selepas Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lalu memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding calon Umno, Mohamad Hasan sebagai tidak sah dan pemilihan semula perlu diadakan.

    Ini berpunca daripada langkah pegawai SPR menghalang calon PKR Dr S Streram daripada memfailkan kertas pencalonannya ketika pilihan raya umum 2018.

    Kedua-dua mereka kembali ke gelanggang hari ini, tetapi berhadapan saingan tidak terduga daripada dua calon bebas.

    Berikut merupakan panduan Malaysiakini mengenai calon-calon PRK Rantau dalam pertembangan empat penjuru ini:

    Mohamad Hasan

    Lahir dan dibesarkan di Rantau, Mohamad mula memenangi kerusi Rantau pada tahun 2004 dan menjadi menteri besar Negeri Sembilan pada tahun yang sama.

    Dikenali penduduk setempat sebagai Tok Mat, beliau berjaya mempertahankan kerusi itu sehinggalah menang tanpa bertanding pada PRU14.

    Kerjaya politik pemimpin berusia 62 tahun itu bersinar pada Julai tahun lalu apabila beliau memenangi jawatan timbalan presiden Umno, sebelum mengambil alih tugas daripada Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden pada bulan Disember.

    Di bawah kepimpinan beliau, jalinan kerjasama Umno dengan PAS semakin erat, yang membawa kepada kejayaan di Cameron Highlands dan pilihan raya kecil Semenyih tahun ini.
    Dr S Streram

    Streram sepatutnya bertanding di Rantau pada tahun lalu tetapi dihalang daripada masuk ke pusat penamaan kerana beliau tidak mempunyai pas daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

    Beliau mendapat satu lagi peluang bertanding di kerusi itu selepas petisyen pilihan rayanya berjaya di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

    Seorang pakar bius dengan lebih daripada tiga dekad pengalaman, Streram berkata beliau mula bekerja bersama akar umbi di Rantau sejak tiga setengah tahun lalu.

    Ini akan menjadi pilihan raya pertama yang ditandingi beliau.
    R Malar

    Tidak banyak yang diketahui mengenai suri rumah berusia 50 tahun ini, tetapi dia memulakan kempennya dengan mengadakan protes senyap selama dua hari.

    Beliau berkata ini bagi membantah BN yang didakwa tidak membenarkan calon mereka bercakap di Cameron Highlands, dan PH melakukan perkara yang sama di Semenyih.

    Bagaimanapun, kedua-dua calon itu bercakap dengan media semasa kempen masing-masing.

    Menurut The Star, Malar tinggal di Kanada selama 25 tahun dan sebahagian besar waktunya disana dihabiskan dengan bekerja sebagai juruhebah radio dan penerbit program.

    Dia dijangka memperkenalkan manifesto beliau dalam beberapa hari akan datang.

    Malar menggunakan logo pokok untuk pilihan raya ini.

    Mohd Nor Yasin

    Anak tempatan Gemencheh berusia 66 tahun itu pernah menjadi orang PAS dan masih mendakwa dirinya ahli parti itu.

    Mohd Nor pernah bertanding kerusi parlimen Gemencheh pada tahun 2013.

    Bagaimanapun, PAS mengesahkan Mohd Nor bukan lagi ahli parti mereka.

    Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani turut mengesahkan Mohd Nor sudah menyertai Amanah.

    Mohd Nor berkata tujuannya bertanding untuk membawa pembangunan berasaskan Islam ke Rantau.

    Dia menggunakan lambang pen sebagai logo bagi pilihan raya kecil itu.


    *KINIGUIDE ini disusun oleh Zikri Kamarulzaman.


    Calon bebas, Mohd Nor Yassin sebenarnya anggota Amanah

    Rahimah Abdullah, Astro Awani
    Calon bebas, Mohd Nor Yassin sebenarnya anggota Amanah
    Mohd Nor yang bertanding kerusi bebas merupakan anggota salah sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). - Astro AWANI
     
     
    SEREMBAN: Pas menafikan calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, Mohd Nor Yassin adalah anggota parti itu.

    Sebaliknya jelas Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, calon tersebut adalah ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyertainya sejak 10 Mac lalu.
     
    “Saya telah membuat semakan bagi statua keahlian Pas Mohd Nor Yassin. Saya dengan ini mengesahkan Mohd Nor Yassin adalah bukan ahli Pas setelah beliau menyertai Amanah pada 10 Mac 2019,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

    Justeru katanya, Mohd Nor yang bertanding kerusi bebas merupakan anggota salah sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

    Mohd Nor semasa ditemui media selepas diumumkan sebagai salah seorang empat calon PRK DUN Rantau pagi tadi mengakui beliau pernah menjadi ahli Pas sebelum ini.

    Selain beliau, ia turut menyaksikan seorang lagi calon bebas tampil untuk bertanding pada PRK DUN Rantau.

    Mereka adalah dua calon bebas yang akan mencabar calon dari parti dominan, iaitu dari PH, Dr S Streram, dan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan. 
     
     

    Keanggotaan Mohd Nor dalam Amanah gugur secara automatik - Husam

    Bernama
    Keanggotaan Mohd Nor dalam Amanah gugur secara automatik - Husam
    HUSAM: Tindakan Mohd Nor adalah bersifat peribadi dan tidak membabitkan keputusan Amanah.
     
     
    KOTA BHARU: Keanggotaan Mohd Nor Yassin, 67, dalam Parti Amanah Negara (Amanah) gugur secara automatik susulan tindakannya bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

    Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata tindakan Mohd Nor adalah bersifat peribadi dan tidak membabitkan keputusan parti itu.

    "Dia dah masuk (bertanding sebagai) calon bebas, dia dah tak jadi ahlilah. Mana-mana anggota parti politik yang ambil tindakan sendiri, keahliannya gugur (secara automatik dan) tidak boleh dikaitkan dengan AMANAH," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Festival Gegar 2019 di Bandar Baharu Tunjong di sini, pada Sabtu.
     
    Husam berkata demikian sebagai mengulas tindakan calon bebas itu yang bertanding dalam PRK DUN Rantau, yang didakwa telah menyertai Amanah pada 10 Mac lepas.

    Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan sebelum itu turut menafikan Mohd Nor adalah calon Pas.

    BACA: Calon bebas, Mohd Nor Yassin sebenarnya anggota Amanah

    PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau Dr S. Streram yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas, Malarvizhi Rajaram serta Mohd Nor Yassin.

    PRK itu diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 April sebagai hari mengundi, manakala 9 April sebagai hari mengundi awal.

    DUN Rantau mempunyai 20,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir luar negara. -- BERNAMA 
     
     

    SPR belum terima laporan kesalahan sepanjang proses penamaan calon


    Rahimah Abdullah dan Sahlizah Mohamed, Astro Awani |
    SPR belum terima laporan kesalahan sepanjang proses penamaan calon
    AZMI: Setakat ini, kita tidak menerima apa-apa laporan tentang insiden tidak diingini. -Gambar fail

     
    SEREMBAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menerima apa-apa laporan kesalahan pilihan raya termasuk sepanjang berlangsungnya proses penamaan calon PRK DUN Rantau.

    Timbalan Pengerusinya, Azmi Sharom berkata SPR tidak menerima sebarang laporan atau aduan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuat kawalan keselamatan.

    Bagaimanapun, katanya, SPR mengalu-alukan apa jua aduan kesalahan sepanjang proses penamaan calon atau ketika kempen PRK Rantau.

    “Setakat ini, kita tidak menerima apa-apa laporan tentang insiden tidak diingini. Nampaknya riuh, tapi teratur. Polis pun kata baik,” katanya dalam sidang media di Pusat Penamaan Calon PRK Rantau di SJKC Bandar Sri Sendayan, di sini.

    Mengenai aduan ada penyokong calon parti bertanding menggunakan pembesar suara yang didakwa dekat dengan pusat penamaan calon, beliau menyarankan pihak berkenaan membuat laporan terus kepada SPR.

    “Penggunaan pembesar suara oleh penyokong sepatutnya 50 meter dari pusat penamaan calon, tidak boleh kalau kurang daripada itu.

    "Saya sendiri tidak nampak, tetapi kalau ada orang nampak dan nak buat laporan, boleh teruskan,” ujarnya.

    Selain itu, SPR berharap semua pengundi DUN PRK Rantau agar dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dan tidak mensia-siakan hak serta undi mereka.

    “SPR juga harap agar aktiviti berkempen akan berjalan lancar penuh harmoni serta tidak melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan,” ujar beliau lagi.

    Dengan selesai proses penamaan calon, maka tempoh rasmi berkempen bermula sehingga jam 11.59 malam pada 12 April ini.

    Keputusan PRK DUN Rantau dijangka diumumkan sebelum jam 10 malam.

    Harga cili merah melambung akibat kemarau, cecah RM20 sekilogram di Kedah

    Astro Awani
    Harga cili merah melambung akibat kemarau, cecah RM20 sekilogram di Kedah
    Hasil tinjauan mendapati sejak minggu lepas, harga cili hidup meningkat mencecah RM20 sekilogram. -Gambar fail
     

    ALOR SETAR: Musim panas kering yang berpanjangan lebih tiga bulan di sebahagian negeri di Malaysia telah mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat.

    Bukan hanya manusia yang merasai bahangnya, kesannya juga tidak terkecuali kepada tanaman dan ternakan.

    Antara yang turut terkesan akibat cuaca panas ini ialah tanaman cili.

    Apabila pengeluarannya terbantut, harga cili merah mula melambung di pasaran.

    Harganya kini mencecah sekali ganda.

    Tinjauan dilakukan di Pasar Besar Alor Setar bagi menyiasat rungutan oleh pengguna mengenai kenaikan harga cili merah.

    Antara lain, hasil tinjauan mendapati sejak minggu lepas, harga cili hidup meningkat mencecah RM20 sekilogram.

    Ini penjelasan peniaga apabila ditanya rasional kenaikan harga sayuran seperti cili di pasar basah.

    "Ada peningkatan sebelum ini dalam RM12, RM13. Hujung minggu ini naik, modal pun RM17, terpaksalah jual RM20," kata peniaga sayur-sayuran, Najmi Mohd Salleh.

    Seorang lagi peniaga mengakui faktor yang menyebabkan harga cili merah mahal ialah kerana musim kemarau selain penggunaannya yang banyak untuk kenduri perkahwinan yang jatuh pada musim cuti sekolah.

    "Harga cili naik sebab kemarau, lagi pula sekolah cuti, kenduri banyak, stok cili pun kurang. Bila kemarau, barang kurang, jadi harga pun naik," kata peniaga sayur-sayuran, Khoo Kim Teng.

    Bagi Siti Aminah Ahmad, sebagai peniaga restoran, dia terpaksa membeli juga walaupun harga naik kerana bahan itu perlu digunakan untuk masakan, lebih-lebih lagi pengusaha restoran sepertinya.

    "Harga sekarang ni mahallah sikit, sebelum ini murah. Hari ini saya beli sekilo RM14, sebelum ini dalam RM9 atau RM8.

    "Macam harga makanan tak boleh naik, nanti orang merungut," kata Siti Aminah.

    Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Alor Setar, Mohd Fauzi Shariff berkata harga cili merah naik sejak kemarau melampau yang melanda negeri itu sejak lebih sebulan lalu.

    Kekurangan barangan itu menjadi punca bekalan terputus dan berkurangan dalam pasaran.

    “PH Buat Lagu Banyak, Tetapi Tak Boleh Nyanyi” – Tok Mat


    Hasil carian imej untuk FOTO MOHAMAD HASAN

    MYNEWSHUB

     

    REMBAU – “Kita perlu mempunyai satu pasukan parti pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh mengawasi dan boleh memeriksa atau ‘check and balance’ kerajaan sedia ada. Saya sebagai Ketua Pembangkang dalam dewan sebelum ini saya tahu latar belakang negeri ini….”

     

    Demikian penegasan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan berlangsung pada 13 April depan sementara penamaan calon akan berlangsung esok, Sabtu.

    “Saya harap orang Rantau termasuklah pengundi-pengundi jangan terpesona dengan lagu-lagu yang mengatakan Tok Mat menang… tidak perlu balik dan tidak perlu keluar mengundi. Lagu berkenaan diadakan supaya dapat mengurangkan jumlah pengundi terutama penyokong BN.

    “Saya harap semua orang terutama pengundi luar balik dan bagi sokongan kepada BN kerana kehadiran saya dalam Dewan amat penting untuk kita pastikan kerajaan PH ini tidak sewenang-wenangnya berjanji dan tidak sewenang-wenangnya menyanyikan lagu-lagu yang sebenarnya mereka tidak boleh nyanyi.

    “Mereka buat lagu tetapi tidak boleh nyanyi. Dia punya lagu banyak… saya pun nak tengok nanti dalam masa terdekat yang dinyayikan bahawa orang yang tanahnya 99 tahun atau ‘less hold’ semuanya nak bagi ‘free hold’. Saya nak tahu setakat ini apa usaha kerajaan PH Negeri Sembilan yang telah berjanji dahulu, janji manifesto di peringkat negeri. Saya minta supaya rakyat di Seremban jangan lupa. Ini janji mereka dan saya nak tengok sejauh mana… apakah mereka akan tunaikan janji.

    “Ini tidak memerlukan kewangan dan jangan beselindung kata negeri nak bankrap. Saya tinggal dulu kewangan yang banyak. Saya akan pastikan sejauh mana janji ini mesti ditunaikan,” katanya pada sidang media.

    Terdahulu sebelum itu beliau mengadakan ramah mesra bersama media di Command Centre BN.

    Mohamad atau lebih dikenali Tok Mat yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti seterusnya percaya PH akan berusaha untuk memastikan beliau kalah pada PRK DUN Rantau ini.

    “Menang atau kalah tidak membawa apa-apa bagi mereka tetapi yang bertanding itu Mohamad Haji Hasan. Pada masa yang sama PH juga mahu memastikan momentum UMNO dan BN perlu disekat. Jadi apa jua cara akan dilakukan untuk mereka pastikan PH menang.

    “Sekarang ini pun dah banyak menteri yang datang dan yang tidak ada kena mengena pun datang,” bidasnya.

    Tambah Tok Mat lagi tugas yang menanti beliau pada PRK berkenaan adalah satu tugas yang rumit dan tidak semudah tanggapan sesetengah pihak.

    “Itu sebab saya katakan saya mempunyai tugas yang rumit… tidak senang sepertimana cakap dia orang… menang Datuk… no… saya perlu meyakinkan orang Rantau betapa perlunya ada pasukan pembangkang kuat di DUN.

    “Peluang memang ada dan mana-mana pun ada peluang tetapi bagaimana kita melihat peluang itu dan kita menjadikan peluang yang sedikit untuk perbanyakkan. Jadi saya perlu lebih berhati-hati dan lebih bekerja kuat lagi untuk pastikan Rantau ini menyebelahi kepada saya pada 13hb nanti,” ujarnya.

    Pada masa yang sama beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera parti yang membantu termasuklah rakan-rakan komponen BN serta PAS dan parti mesra BN selain NGO. – MediaUMNO

    LIHAT VIDEO DI SINI