Selasa, 12 Februari 2019

'Penyertaan bekas MP ke Bersatu tak rencat kelangsungan Umno'

MALAYSIAKINI

   

Penyertaan tujuh bekas anggota parlimen Umno secara rasmi ke Bersatu hari ini tidak akan merencatkan kelangsungan Umno, kata Mohamad Hasan.

"Mereka yang diterima masuk Bersatu hari ini telah pun mengumumkan keluar Umno lebih awal. Umno menganggap mereka tiada lagi pertalian dengan parti.

"Umno akan terus fokus kepada agenda pemulihan parti yang kini sedang mendapat momentum dan sokongan terbaik daripada semua pihak," kata pemangku presiden Umno itu dalan kenyataan di Facebook, hari ini.

Hari ini, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kad keanggotaan parti kepada anggota parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsuddin, Hamzah Zainuddin (Larut), Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

Rosol Wahid (Hulu Terengganu) pula masih dalam perjalanan ketika acara itu berlangsung.

Mereka mengumumkan keluar Umno pada Disember lalu.

Mohamad turut menyatakan penghargaan kepada mereka atas segala sumbangan kita bersama Umno.

"Selamat maju jaya dalam perjalanan politik mereka selepas ini bersama Bersatu," katanya lagi.

 


Tiada ulasan: