Sabtu, 19 Januari 2019

Undian Syed Saddiq siapa PM terbaik Malaysia makan diri


Undian Facebook yang dibuat Menteri Belia dan Sukan bertajuk ‘Perdana Menteri manakah yang terbaik dalam Malaysia?’, dilihat memakan diri apabila bukan sahaja keputusan tidak memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, malah netizen juga meninggalkan ratusan komen yang mengecam beliau.

11 Januari lalu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat undian atas talian itu, di antara Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Undian itu setakat ini memaparkan Dr Mahathir cuma meraih 17 peratus undi daripada 29,300 pengundi, berbanding Najib yang memperoleh 83 peratus undian.

Namun, rata-rata netizen dilihat menyalahkan Syed Saddiq kerana membuat undian itu yang menyebabkan, bukan sahaja Dr Mahathir tidak popular, tetapi sesetengahnya meninggalkan komen buruk terhadap Perdana Menteri berusia 93 tahun itu dan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Semakan Ismaweb.net juga mendapati, rata-rata netizen media sosial turut meninggalkan komen ‘pedas’ di Facebook Syed Saddiq, meminta beliau supaya tidak lagi membuat undian kebudak-budakan kerana memalukan dan memberi kesan ke atas ‘bossnya’ yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PH.

Undian itu yang akan berakhir kira-kira 3 jam lagi menyaksikan lebih 32,300 mengundi, 680 memberi komen dan 875 turut berkongsi.

Tiada penjelasan lanjut daripada Syed Saddiq kenapa beliau membuat undian itu di dalam laman sosial dan membuka ruang komen kepada umum.

Namun, yang pastinya tindakannya mengadakan undian itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat untuk rakyat, sebaliknya ia membuka ruang kepada netizen untuk memburuk-burukkan perdana menteri.

Netizen juga turut menegur Syed Saddiq kerana mengadakan undian itu. Antaranya:

Randy How yang berkata: “as a minister,.. won’t u got more important things to do than whoring for attention in social media on nonsense subject??”

Amzari Em Abas X pula berkata: “Sila ambil perhatian isu isu atlet yang memerlukan bantuan kementerian YB. Jangan lupa amanah yang kamu sedang galas. Politik dan selfie letak tepi wahai YB. Majulah Sukan Untuk Negara!”

Ab Jalil Backer berkata: “p*****lah kerja tak buat asyik main media sosial saja. Atlet malaysia habis semua terabai”.

Sumber LINK

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pengendali Facebook, Mukhriz Mahathir FC memuat naik status undian tentang himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 boleh diumpamakan sebagai senjata makan tuan.

Ini kerana undian yang diharapkan memihak kepada mereka berlaku sebaliknya, selepas sebahagian besar netizen menyatakan sokongan terhadap himpunan berkenaan.

Di dalam akuan Twitter Syed Saddiq, 63 peratus netizen bersetuju dengan tindakan kerajaan Pas Kelantan memberikan cuti peristiwa sempena himpunan kesyukuran kerana kerajaan Malaysia tidak menandatangani ICERD.

Sementara itu, baki 37 peratus lagi tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Kelantan itu yang turut dikecam Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: