Rabu, 16 Januari 2019

SPRM soal siasat wanita agih 'duit minyak'

MALAYSIAKINI

    SPRM telah merakamkan kenyataan daripada seorang wanita yang dirakam memakai kemeja Pakatan Harapan sambil mengagihkan apa yang didakwa sebagai ‘duit minyak’ kepada sukarelawan semasa pilihan raya kecil Cameron Highlands, baru-baru ini.

Memetik sumber, Astro Awani melaporkan bahawa wanita itu hadir di pejabat SPRM di Tanah Rata selama hampir tiga jam sejak, jam 7 malam semalam.

Laporan itu menyebut bahawa wanita berkenaan enggan bercakap dengan media sambil menutup wajahnya dengan sehelai jaket.

Selepas gambar wanita yang mengagihkan duit itu menjadi tular, pemimpin Pakatan Harapan (PH), termasuk calon gabungan itu di Cameron Highlands M Manogaran, berkata wang tersebut dibayar sebagai ‘duit minyak’ sukarelawan mereka.

Para pemimpin kerajaan berpendapat bahawa ini tidak melanggar undang-undang pilihan raya.

Susulan itu, bekas perdana menteri Najib Razak memetik keputusan Hakim Azizah Nawawi yang mengisytiharkan kerusi Cameron Highlands sebagai kosong dengan berkata, duit minyak juga dianggap sebagai rasuah.

Menjawab tuduhan itu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menuduh Najib dengan sengaja memetik secara salah keputusan hakim mahkamah pilihan raya yang dibuat pada 26 Januari lalu.

Tiada ulasan: