Jumaat, 18 Januari 2019

Saya jamin Ramli tidak akan lompat parti – MB Pahang

THE MALAYSIAN TIMES
 
Gambar ihsan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

TANAH RATA: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini memberikan jaminan bahawa calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Nor bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands tidak akan lompat parti sekiranya beliau menang.

Beliau yang juga pengerusi BN Pahang itu berkata jentera parti itu mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan Ramli tidak lompat parti, sekaligus melenyapkan khabar angin kononnya bekas pesara polis itu akan meninggalkan BN walaupun tidak mewakili mana-mana parti kini sekiranya menang PRK tersebut.

“Saya memberi jaminan, Insya Allah jika Ramli menang, beliau tidak akan lompat parti. Ada cara untuk tidak bagi dia (Ramli) lompat parti…ada caranya,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat UMNO Bahagian Cameron Highlands di sini, hari ini.

Tiada ulasan: