Khamis, 17 Januari 2019

Proton panggil balik lebih 6,400 kereta Perdana

Langkah memanggil balik itu membabitkan Proton Perdana yang 
dibina dari 2012 hingga akhir Ogos lalu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd hari ini memanggil balik semua Proton Perdana generasi semasa, yang melibatkan 6,432 kenderaan.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, langkah memanggil balik itu untuk menggantikan inflator beg udara bahagian penumpang sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan model Proton Perdana berasaskan Honda Accord, dan kereta yang terlibat dibina dari 2012 hingga akhir Ogos lalu.

Honda Motor Company baru-baru ini mengumumkan panggilan balik Honda Accord untuk menggantikan inflator beg udara penumpang.

Pembuat kereta itu berkata, notis mengenainya akan dihantar kepada pemilik terlibat.

Tiada ulasan: