Jumaat, 18 Januari 2019

PRK Semenyih: Undi 2 Mac, penamaan calon 16 Feb

MALAYSIAKINI

   

Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) hari ini menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih akan diadakan pada 2 Mac 2019.

Pengerusi SPR,) Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon pula akan diadakan pada 16 Febuari manakala hari mengundi awal pada 26 Februari.

"Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari, bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam 1 Mac 2019," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat urusan PRK Cameron Highlands, di Putrajaya hari ini.

PRK Semenyih diadakan susulan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor akibat serangan jantung, pada 11 Januari 2019.

Bakhtiar Mohd Noor, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menjadi wakil rakyat di Semenyih selama lapan bulan selepas mengalahkan penyandang kerusi itu, ohan Abd Aziz, daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 Mei tahun lalu dengan majoriti 8,964 undi.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.


Tiada ulasan: