Isnin, 21 Januari 2019

PRK CAMERON: ORANG MUDA TOLAK PH

Wartawan Watan-Online


Sentimen penolakan rakyat terutama golongan muda terhadap Pakatan Harapan (PH) jelas dirasakan sepanjang kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata kebanyakan golongan muda yang ditemui di parlimen terbabit meluahkan rasa kecewa terhadap janji-janji PH dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) yang tidak dilaksanakan sehingga kini.

“Saya kira sepanjang tempoh kita berkempen tiada masalah sebab ramai juga menyatakan mereka akan sokong BN kerana merasakan tertipu dengan janji-janji yang diberikan kerajaan sebelum ini, selama lapan bulan pentadbiran terutamanya kepada orang muda, kos sara hidup naik, ini semua membebankan orang-orang muda dan mereka menyatakan akan sokong BN.

“Kita dapati juga penerimaan wanita muda kepada calon BN, Tuan Ramli (Mohd Nor) adalah sangat positif, sangat baik dan kebetulan calon juga merupakan anak jadi Cameron yang disenangi dan dikenali ramai,” ujar Zahida lapor media sebaik selesai program gotong-royong membersihkan Masjid Assyakirin pada Jumaat.

Aktiviti tersebut turut dihadiri oleh ahli-ahli PAS yang turut membantu kempen PRK UMNO-BN pada kali ini.

Mengulas lanjut, Zahida yakin penerimaan positif penduduk tempatan terhadap Puteri UMNO akan diterjemahkan pada hari mengundi bagi PRK Cameron Highlands.

“Alhamdulillah mereka memberikan sokongan yang positif kepada ahli-ahli Puteri dan saya yakin silaturahim yang ada ini yang terbaik dan mereka akan tunjukkan pada hari mengundi dengan memilih calon BN,” katanya.

“Alhamdulillah mereka memberikan sokongan yang positif kepada ahli-ahli Puteri dan saya yakin silaturahim yang ada ini yang terbaik dan mereka akan tunjukkan pada hari mengundi dengan memilih calon BN,” katanya.


Tiada ulasan: