Menurut Manogaran, sama ada kalah atau menang, dia tetap berusaha dan komited dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk.

“Sebagai calon, kalah atau menang adalah perkara biasa. Kerajaan PH adalah kerajan hari ini dan jika saya menang, ia lebih baik untuk masyarakat di sini

“Namun, jika saya kalah, kita akan terus menyambung kerja seperti biasa untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di sini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar Pagi Tanah Rata di sini hari ini.