Khamis, 17 Januari 2019

PRK Cameron Highlands: Pertembungan pemimpin PH, BN di pasar malam curi tumpuan

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LIPIS: Pertembungan dua seteru politik buat pertama kali ketika berkempen bagi calon masing-masing sempena Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands semalam mencuri tumpuan ramai di sini.

Pertemuan tanpa dijangka yang melibatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pemangku Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, menjadikan orang ramai cukup teruja untuk melihat reaksi kedua-duanya.

Membuktikan tahap profesionalisme masing-masing, kedua-dua pemimpin itu bersalaman sebaik bertemu dan duduk semeja dengan penyokong masing-masing di sebuah kedai makan di sini sebelum melawat ke pasar malam serta bertemu pengundi secara berasingan

Tindakan kedua-dua mereka yang sering bidas membidas satu sama lain turut dirakam ramai pengunjung pasar malam menggunakan telefon pintar masing-masing.-Bernama

Tiada ulasan: