Isnin, 21 Januari 2019

PH AKAN GUNA TAKTIK KOTOR – LOKMAN ADAM

Wartawan Watan-Online

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Adam mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan taktik kotor dengan membeli kad pengenalan pengundi Orang Asli di kawasan Parlimen Cameron Highlands.

Beliau berkata tindakan itu akan dibuat bagi mengelakkan Orang Asli untuk mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen tersebut pada 26 Januari ini.

“Kita menerima maklumat kira-kira 2,000 kad pengenalan mereka (Orang Asli) akan dibeli dan dipegang oleh PH supaya mereka tidak dapat turun mengundi.

“Oleh itu, kita akan hantar petugas-petugas di Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang disyaki berlaku perkara ini,” katanya lapor media ketika ditemui dalam majlis Ramah Mesra bersama Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Keledek, Lipis, Pahang pada Sabtu.

PRK Cameron Highlands bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran, Ramli Mohd Nor (BN) dan dua calon Bebas iaitu Wong Seng Kee dan Sallehudin Ab Talib.


Tiada ulasan: