Ahad, 20 Januari 2019

Peguam Mat Sabu akan hantar notis tuntutan pada KJ

MALAYSIAKINI

 
Peguam Mohamad Sabu akan menghantar notis tuntutan undang-undang kepada MP Rembau Khairy Jamaluddin mengenai dakwaannya bahawa menetri pertahanan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

Setiausaha akhbar menteri pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata Mohamad telahpun menjelaskan mengenai dakwaan tersebut dan tindakan Khairy mengulangi tuduhan itu adalah suatu fitnah.

"Dalam satu kenyataan pada sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang hari ini, bekas ketua pemuda Umno itu mengeluarkan kenyataan fitnah yang mengatakan menteri pertahanan menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) di Cameron Highlands.

"Khairy terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu kenyataan pada 15 Januari 2019 yang lalu.


"Peguam peribadi kepada menteri pertahanan akan menghantar notis tuntutan kepada Khairy dalam jangkamasa terdekat," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Khairy ini berkata pentadbiran PH cakap tidak serupa bikin dengan menyalahgunakan jentera kerajaan bagi tujuan berkempen.

Bekas ketua pemuda Umno itu memberi contoh tuduhan Mohamad menggunakan kenderaan angkatan tentera.

Pada 15 Januari lalu, Kementerian Pertahanan berkata gambar Mohamad berjalan keluar dari helikopter itu diambil ketika lawatan rasmi ke Kem Slim di Cameron Highlands sebelum bermulanya kempen PRK di kawasan parlimen itu.

Ia menjelaskan anggota tentera di kem tersebut bukan pengundi tempatan, sebaliknya pemilih di Sungai Petani, Kedah. 


Tiada ulasan: