Sabtu, 19 Januari 2019

Najib Sekolahkan Lim Kit Siang Pasal Orang Asli



Semalam saya baca komen yang tag saya. Ada orang kutuk

"kenapa dulu tak jumpa orang asli?"

"kenapa sekarang baru nak tolong?"

Tak apalah, hari ini saya jadi Cikgu buka kelas Pengetahuan Am.

Pada tahun 2011, siapa ingat lagi kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands?

Ada seramai 7 orang yang maut dan 2 lagi parah.

Banyak rumah di sini yang ditimbus tanah runtuh dan banjir lumpur.

Penduduk di sini perlukan bantuan bukan sahaja dari segi pemindahan ke tempat selamat tetapi membina semula kehidupan dan perumahan mereka.

Lihatlah gambar-gambar saya ini. Rumah yang lebih moden dan selesa.

Ya, sayalah yang luluskan Bajet untuk bantu mereka bina semula perkampungan mereka.

Ya, saya sendiri juga yang ke sini melihat kemajuan projek itu pada 2016.

Kecuali Pakatan Harapan tidur di Parlimen atau ponteng, mustahil mereka tak tahu sumbangan Barisan Nasional kepada orang asli.



Sudah tentu mereka masih ingat lagi semasa pembentangan Bajet 2017, ada Tok Batin dari Negeri Sembilan dan Selangor hadir bersama saya di Parlimen.

Pada ketika itu, saya turut mengumumkan peruntukan RM222 juta untuk projek bekalan air terawat di 42 perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi dan keusahawanan serta Penempatan Semula Perkampungan.

Setiap tahun, setiap Bajet sudah tentu ada peruntukan untuk Orang Asli.

Tidak perlulah nak ikut sangat Lim Kit Siang itu persoal sumbangan saya dan Barisan Nasional kepada masyarakat Orang Asli.

Sesat jalan nanti terpaksa u-turn.

Tiada ulasan: