Isnin, 21 Januari 2019

MAJLIS TARI MENARI YANG MEMALUKAN – ASYRAF

Wartawan Watan-Online
.
Video menari dan berjoget sakan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan beberapa pemimpin pro Pakatan Harapan (PH) yang tular di media sosial disifatkan sesuatu yang memualkan serta memalukan institusi kehakiman dan perundangan negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dt Asyraf Wajdi Dusuki yang terkejut dengan tingkah laku pimpinan kehakiman negara itu menegaskan bahawa video itu memalukan , ianya melanggar sensitiviti institusi kehakiman yang diamalkan sejak dahulu bagi mengelakkan kehilangan kehormatan dan keyakinan rakyat terhadap badan tersebut.

“Apatah lagi jika melibatkan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang bersosial dengan ahli politik dan individu berprofil tinggi yang pastinya boleh mengundang kontroversi dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sebarang keputusan yang bakal mereka ambil kelak,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Asyraf berkata tindakan tersebut turut mencalar imej institusi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang dilihat semakin hilang kredibiliti.

“Justeru Pergerakan Pemuda UMNO melahirkan rasa amat kecewa dengan penularan video majlis sosial tersebut yang hakikatnya telah mencalar institusi kehakiman dan sistem keadilan negara.

“Terutamanya institusi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang dilihat semakin hilang kredibiliti dan nilai Integriti lantaran pencabulan etika dan prinsip konflik kepentingan (conflict of interest) yang mula dipersoalkan rakyat,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: