Khamis, 17 Januari 2019

KEMBALI PADA UMNO : ‘PELUANG TERBUKA’ – ANNUAR

Wartawan Watan Online
 



UMNO membayangkan ‘peluang terbuka’ kepada mana-mana ahli-ahli parlimennya yang melompat parti untuk kembali semula ke pangkuan parti itu.

Malah UMNO amat memahami situasi penderitaan mereka hadapi yang menyebabkan mereka keluar parti.

Setiausaha Agong UMNO tan Sri Annuar Musa berkata,“belum ada keputusan khusus mengenainya,  UMNO parti terbuka dan dalam situasi sekarang, kita faham penderitaan sehingga mereka tersebut (keluar parti),.

Beliau mengulas ura-ura enam ahli UMNO yang sebelum ini meninggalkan parti itu mahu kembali.

Enam Ahli Parlimen yang kini menjadi Bebas meninggalkan UMNO pada 14 Disember lalu adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dijangka menerima writ saman dalam masa terdekat ekoran tindakan mereka melompat parti.

Annuar menegaskan peguam parti telah menghantar writ saman berkenaan.

Beliau bercakap kepada wartawan selepas program bersama belia di Tanah Rata, Cameron Highland malam Khamis

Mas Ermieyati mengumumkan keluar UMNO pada 1 Julai lalu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 13 Disember lalu.

Sementara itu, Dr Noor Azmi meninggalkan UMNO pada 26 Jun sebelum mengumumkan penyertaan ke dalam BERSATU pada 28 November lalu.

Mengenai kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, Annuar mengakui Barisan Nasional kekurangan dana untuk berkempen, namun menarik perhatian bahan kempen bukan perkara utama bagi sesuatu pilihan raya.

“Kita orang miskin, sudah tentu orang kata sumber satu perkara penting kita tak nafikan… tapi ini bukan perkara paling penting, paling penting kita utamakan rakyat, kita bercakap dari hati ke hati,” katanya.


Tiada ulasan: