Isnin, 14 Januari 2019

Jangan batalkan parti usia 65 tahun

Kasthuri Jeevendran

xMGF06012018_PC-MYPPP_03-681x454
Tan Sri M. Kayveas


CAMERON HIGHLANDS– Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kavyeas walaupun melahirkan rasa terkejut dan kecewa berhubung pembatalan pendaftaran partinya namun akan cuba sedaya upaya  menyelamatkan ‘nyawa’ parti yang berusia hampir 65 tahun itu.

Katanya, antara yang akan dilakukan oleh beliau dalam masa terdekat ini termasuk membuat rayuan dengan Pendaftar Pertubuhan kerana mempunyai tempoh 30 hari dari tarikh pembatalan berkuatkuasa bermula hari ini.

Beliau juga akan cuba mengadakan pertemuan dan memberi penjelasan berhubung krisis yang sedang melanda MyPPP sejak kebelakangan ini sehingga berhadapan dengan pembatalan parti dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sudah sedia maklum dengan khabar berita pembatalan pendaftaran parti kami, saya hanya belum lagi melihat sendiri salinan surat yang telah dihantar ke pejabat di Kuala Lumpur.

“Saya telah terpanggil untuk menjawab kepada pihak media kerana dihujani dengan panggilan telefon dari pelbagai pihak malah berita pembatalan ini juga saya dapat tahu melalui media.

“Tidak apa, ini adalah antara cabaran serta saat getir yang perlu dilalui oleh kita dan kita akan pasti laluinya. Dalam 30 hari ini kita akan merayu dan memohon bantuan daripada menteri.

“Sekiranya tidak berjaya, kita akan bawa kes ini ke mahkamah. Apapun, kita tidak akan biarkan MyPPP dibatalkan begitu sahaja hanya kerana ‘tamak haloba’ segelintir pihak yang langsung tidak kisah tentang masa depan parti ini,” katanya dalam sidang media petang tadi hari ini.

MyPPP telah dibatalkan pendaftaran berkuatkuasa bermula hari oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) difahamkan sejak 4 petang tadi.

Malaysia Gazette difahamkan, pembatalan itu dilakukan selepas tempoh diberikan kepada kedua-dua pihak bersengketa dalam parti MyPPP siapakah sebenarnya layak menerajui parti itu secara sah.

Malah walaupun tempoh telah diberikan namun tidak ada sebarang kata putus telah dibuat malah kedua-dua kumpulan iaitu geng Kavyeas dan Datuk Seri Maglin D. Cruz tidak beralah menyebabkan pendaftarannya terpaksa dibatalkan.

Pembatalan tersebut telah dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan, Masyati Abang Ibrahim kepada parti melalui kiriman surat kepada kedua-dua belah pimpinan.

Kata beliau dalam surat pembatalan itu, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan rayuan yang didapati “tidak menunjukkan sebab-sebab yang cukup di sebaliknya.

“Maka oleh itu, diperintahkan pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas dibatalkan mulai tarikh perintah ini,” katanya.

Tambah Kayveas, proses menyelamatkan MyPPP akan mengikut lunas undang-undang dan tidak akan ada sebarang ‘jalan mudah’ berhubung isu tersebut.

Beliau juga mendedahkan bagaimana kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) bertindak memecat beliau sebagai Presiden MyPPP kerana hasrat keluar komponen tersebut sehingga keadaan parti sudah huru hara sehingga berdepan dengan pembatalan ini.

“Ada sekumpulan warga MyPPP yang lebih setia dengan UMNO BN sehingga menghantar hasrat kami keluar BN sebelum PRU-14 lagi, itu antara punca bagaimana saya disingkirkan secara tidak sah. Ini adalah ‘hadiah’ kesetiaan kami selama bertahun ini,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Tiada ulasan: