Selasa, 29 Januari 2019

JAMAL MAHU UMNO SUNGAI BESAR LEBIH UTUH

Oleh Hazierra Lukman
 



Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos tetap meneruskan tanggungjawabnya sebagai pemimpin untuk mengekalkan keutuhan ahli-ahlinya untuk tetap bersama UMNO.

Jamal turut mengingatkan berkenaan dasar-dasar kerajaan terdahulu berbanding dengan kerajaan kini.
“Kerajaan kini menuntut kesamarataan dan cuba kita ingat kembali pada tuntutan kita yang dibuat pada perhimpunan ICERD.
“Apa yang dirancang kini oleh DAP pada PRU16, mereka nak pastikan Malaysia diperintah oleh kaum bukan Melayu. Ini perancangan yang cukup teliti oleh mereka.

Dalam pada itu, Jamal turut mengaitkan kemenangan Pilihanraya Kecil (PRK) di Cameron Highland sebagai permulaan yang baik untuk Barisan Nasional.
“Saya yakin dan percaya, kemenangan di Cameron Highland semalam (Sabtu) mampu menjadi pencapaian awal dalam menghadapi PRK di Semenyih,”katanya semasa berucap pada perjumpaan ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap Zon Sekinchan, di Sekin Resort dan Hotel, Sekinchan pada Ahad petang.

Turut hadir, ADUN Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin, Ketua Puteri UMNO Sungai Besar, Widiawati Abuzar, Ketua Wanita UMNO Sungai Besar, Datuk Siti Zubidah Mohd Maskor dan Naib Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.


Tiada ulasan: