Isnin, 21 Januari 2019

Jaga imej kehakiman – Nik Nazmi

Wartawan MalaysiaGazette
xMGF28052018_Laporan-SPRM_05-681x454
Ahli Parlimen Setiwangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. foto IQBAL BASRI
 

KUALA LUMPUR – Kena jaga integriti badan kehakiman, kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Nak menari dalam acara peribadi soal tuan punya badan.

“Tapi dalam acara rasmi, tokoh kehakiman dan eksekutif kena jaga imej kebebasan dan integriti institusi kehakiman,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu dalam kenyataannya malam tadi.

Beliau sudah pasti merujuk kepada penularan video Peguam Negara, Tommy Thomas menari bersama peguam kontroversi, Siti Kassim, ketua hakim dan menteri pada satu majlis makan malam di media sosial.

“Tahun 2016 kita pernah persoal AG, menteri (BN) menari di acara merdeka. Kita mesti konsisten,” kata Nik Nazmi lagi- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: