Khamis, 17 Januari 2019

Dakwaan mungkin sertai PH: BN dihatiku, jawab Ramli

 
   

PRK CAMERON | Calon BN Ramli Mohd Nor hanya mempunyai satu jawapan apabila ditanya berhubung spekulasi beliau mungkin menyertai Pakatan Harapan (PH) jika menang dalam PRK Cameron Highlands.

"Jawapan saya mudah. BN dihatiku.

"Dalam perjuangan kita perlu ada kejujuran, keikhlasan dan integriti. Itu saja," katanya kepada pemberita di Masjid Kampung Raja di Cameron Highlands hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang memetik sumber dalaman BN yang berkata Ramli mungkin menyertai PH jika berjaya menjadi anggota parlimen Cameron Highlands.

Sumber yang memegang jawatan tertinggi dalam sebuah parti komponen BN juga mendakwa sebuah parti komponen PH sudah memulakan usaha menarik Ramli untuk menyertai gabungan itu.

Ramli yang merupakan bekas pegawai tinggi polis bukan anggota mana-mana parti komponen BN walaupun menjadi calon mereka.

Dalam satu kenyataan di Facebook kemudiannya, Ramli menyifatkan dakwaan itu sebagai "fitnah politik" dan meminta ia dihentikan.

"Saya tidak akan sama sekali belot dalam perjuangan bersama BN terutama dalam mengembalikan suara rakyat yang telah ditipu," katanya lagi.


Tiada ulasan: