Selasa, 15 Januari 2019

AHMAD SAID PENGERUSI BAHARU UMNO TERENGGANU

Wartawan Watan-Online  

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Terengganu bagi menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa turut mengesahkan pelantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Othman.

“Penggantian ini berasaskan kepada persetujuan bersama yang telah dicapai oleh semua ketua-ketua Bahagian Terengganu secara konsensus.

“Sehubungan itu, UMNO mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang telah menjalankan tugas selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Annuar berkata pelantikan tersebut telah turut mendapat persetujuan Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan.

“UMNO turut berterima kasih dan amat menghargai sumbangan Tan Sri Abdul Ghani Othman sepanjang menggalas tugas tersebut,” tambah beliau. 
 

 

Tiada ulasan: