PAS memandang serius terhadap tuduhan yang berlaku dalam Tabung Haji (TH) sebagai institusi kewangan terbesar umat Islam di Malaysia, kata presidennya Abdul Hadi Awang.
Namun tegas beliau, parti itu berpandangan tidak wajar sekiranya pertuduhan itu dibicarakan melalui media oleh “seorang menteri yang masih mentah”, sehingga boleh menimbulkan persepsi dan percanggahan maklumat yang mengelirukan.
"Saya mengikuti pendedahan terbaru ke atas pihak TH melibatkan aspek pengurusan kewangan, pelaburan dan tadbir urus yang dipertikaikan.
"PAS berpandangan tidak wajar sekiranya pertuduhan itu dibicarakan melalui media oleh seorang menteri yang masih mentah, " katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof mendedahkan TH mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion dan melanggar syarat pembayaran hibah (dividen) kerana membuat bayaran ketika liabilitinya melebihi aset.
Justeru
Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, pihaknya
menyarankan agar satu penilaian menyeluruh dikendalikan bawah seliaan
Majlis Raja-Raja (suruhanjaya diraja) ataupun parlimen.
Hadi juga berkata PAS meletakkan keyakinan terhadap integriti dan profesionalisme lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan TH dalam melaksanakan tugas bagi melindungi kepentingan pendeposit.
"Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan