Ahad, 9 Disember 2018

Sekali lagi Guan Eng tempelak kerajaan negeri Kelantan

Kasthuri Jeevendran

xMGF03112018_SIDANGMEDIALIMGUANENG_10-681x454
Lim Guan Eng

PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi menyindir dan menempelek keupayaan kerajaan negeri Kelantan yang pernah memohon bantuan sebanyak RM20 juta bagi membayar gaji kakitangan awam beberapa bulan lepas kepada kerajaan pusat.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP walaupun tidak menyebut kerajaan negeri Kelantan namun umum sudah ketahui tentang pinjaman sebanyak RM22.5 juta kerana didedahkan sendiri olehnya pada Oktober lepas.

“Bagaimana sesebuah kerajaan itu menguruskan ekonomi mereka sehingga tepaksa membuat pinjaman RM20 juta? Apa punya kerajaan negeri ini sehingga nilai sebanyak itu tidak ada. Tidak mampu bayar kakitangan?

“Mereka terpaksa minta kepada kerajaan Pusat pula. Inilah antara cabaran besar yang kita hadapi untuk dapatkan sokongan daripada rakyat. Tengok sahaja, satu parti yang terpalit dengan rasuah besar-besaran, satu lagi parti tidak mampu bayar gaji kakitangan pula,” tempeleknya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyen DAP Selangor 2018 di sini hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng pernah mendedahkan kerajaan negeri Kelantan pernah memohon pinjaman pendahuluan RM97 juta, Jun lalu, untuk menampung aliran tunai kerajaan negeri akibat perbelanjaan luar jangka.

Tetapi, Guan Eng berkata, Kementerian Kewangan hanya meluluskan RM22.5 juta kepada Kelantan untuk membayar gaji kakitangan awam. –MalaysiaGazette


Tiada ulasan: