Selasa, 11 Disember 2018

Pinda laporan audit 1MDB: Arul Kanda ditahan SPRM, kata peguam

Arul Kanda Kandasamy (kanan) tiba di ibu pejabat SPRM 
kira-kira 9.30 pagi tadi. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkaitan dakwaan meminda laporan Akhir Pengauditan 1MDB, kata peguamnya, Datuk N Sivananthan.

Beliau berkata, anak guamnya ditahan pada 10.30 pagi tadi, selepas sejam tiba di ibu pejabat SPRM, di sini, untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.

Katanya, Arul Kanda dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas dakwaan meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

“Saya difahamkan akan ada satu pertuduhan terhadap mereka berhubung laporan ketua audit negara.

Tiada ulasan: