Selasa, 25 Disember 2018

Jeff Ooi kritik Guan Eng berhubung lantikan SUA

Muhammad Azizul Osman

xScreenshot_20181225_124000-681x1332


KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mengambil sikap sinikal terhadap kenyataan Kementerian Kewangan berhubung pengenalan semula mekanisme apungan harga minyak semalam.

Dalam satu ciapan Twitter hari ini, Jeff Ooi menyindir Lim Guan Eng dengan mempersoalkan samada kementerian itu mempunyai peruntukan yang cukup dalam melantik Setiausaha Akhbar (SUA) yang berwibawa dalam merencanakan sebarang kenyataan rasmi beliau sebelum diberikan kepada media.

“Adakah Kementerian Kewangan mempunyai bajet yang cukup untuk melantik Setiausaha Akhbar yang berkelayakan, biar betul?” komen beliau kepada laporan MalaysiaGazette mengenai kesilapan terbaharu dalam kenyataan itu.

MalaysiaGazette hari ini melaporkan bahawa selain memberikan gelaran kebesaran kepada bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin terdapat satu lagi kesilapan ejaan dalam kenyataan itu.

Ia merujuk kepada perenggan ketujuh di mana ejaan Kerajaan Persekutuan ditaip sebagai Perseketuan.

Kenyataan itu pantas mendapat kritikan daripada netizen yang membuat beberapa ciapan berunsurkan sindiran kepada Kementerian Kewangan.

Untuk rekod, Guan Eng melantik Lufti Hakim Arif sebagai Setiausaha Akhbarnya yang baru bagi menggantikan Rahmah Ghazali. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: