Rabu, 26 Disember 2018

Azwanddin ditahan

Wartawan MalaysiaGazette

Azwanddin Hamzah. foto ADIB RAMLI, 14 DISEMBER 2017.
Azwanddin Hamzah. foto ADIB RAML

KUALA LUMPUR – Datuk Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) ditahan sekitar 3 petang tadi di UTC Keramat.

Ketika berita ini ditulis, Azwanddin masih dalam perjalanan untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Klang Utara.

MalaysiaGazette difahamkan penahanan Azwanddin itu bagi siasatan penganjuran perhimpunan ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy’ yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS) di Dataran Seni yang diadakan semalam.

Sumber-sumber berkata, polis telah datang ke pejabat JMM di Pandan Kapital pada pukul 2 petang untuk menemui Azwanddin namun beliau tiada.

Selepas mengetahui Azwanddin berada di UTC, polis telah ke sana lalu menahan beliau. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: