Jumaat, 16 November 2018

Zuraida tak mahu Streram tanding di PRK Rantau

Zuraida Kamaruddin berkata, PKR tidak menurunkan calon 
wanita di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.
SHAH ALAM: Bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini menyuarakan bantahannya untuk Dr Streram Sinnasamy dicalonkan semula bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan.

Sebaliknya, Zuraida mencadangkan PKR menurunkan calon wanita untuk bertanding di kerusi itu yang dimenangi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan secara kontroversi, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang Streram memfailkan kertas pencalonannya pada 28 April lalu.

“Saya akan mencadangkan calon wanita Negeri Sembilan,” kata ahli Parlimen Ampang itu kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan penggulungan dalam Kongres Nasional Wanita PKR ke-13 di sini, hari ini.

Beliau berkata, PKR tidak menurunkan calon wanita di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Tiada ulasan: