Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu
hukuman berat dikenakan terhadap pelaku jenayah seksual terhadap
kanak-kanak.
“Walaupun dia (suami pengasuh) diuji positif dadah namun ini adalah jenayah kejam.
"Sesuatu yang tak boleh diterima, adakah sifat kemanusiaan kita telah lebur,” kata Wan Azizah kepada pemberita selepas majlis penutupan Pergerakan Puteri Islam Malaysia 2018 di Kuala Lumpur.
Menurut polis Kajang, mangsa meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Serdang selama dua hari. Bedah siasat mendapati bahagian kemaluan dan dubur mangsa koyak.
Kanak-kanak rumah anak yatim dakwa didera
Bedah
siasat jabatan patologi hospital itu juga menyimpulkan punca kematian
disebabkan hentakan objek tumpul pada bahagian kepala.
Wan
Azizah turut mengulas mengenai kejadian seorang kanak-kanak berusia 10
tahun yang membuat laporan polis mendakwa dia dan rakan-rakannya dicabul
dan didera penjaga lelaki di sebuah rumah kebajikan anak yatim di
Temerloh.
"Mereka dibawa menjalani pemeriksaan di hospital," katanya sambil menjelaskan 27 kanak-kanak telah kembali ke pangkuan keluarga dan waris masing-masing, manakala dua lagi yang tidak mempunyai waris berada di bawah penjagaan JKM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan