Ahad, 18 November 2018

Ramasamy, Zairil dilantik selepas gagal dapat undi secukupnya





GEORGE TOWN: P Ramasamy dan Zairil Khir Johari gagal mendapat undi secukupnya untuk menyertai 15 calon yang terpilih ke jawatankuasa DAP Pulau Pinang.

Bagaimanapun, mereka masih menganggotai jawatankuasa itu selepas dilantik sebagai naib pengerusi.

Pegawai pengurus pemilihan Chan Foon Hin mengumumkan Ramasamy, yang memegang salah satu daripada 2 jawatan naib pengerusi DAP negeri bagi penggal 2015 hingga 2018, hanya meraih 303 undi.

Undi yang diperolehi Ramasamy tidak mampu mengatasi undi yang diperoleh Phee Boon Chee, yang memperoleh 336 undi, paling rendah dalam senarai 15 calon terpilih.

Zairul, seorang lagi naib pengerusi DAP negeri, memperoleh 328 undi.

15 calon tersebut layak untuk memegang jawatan DAP negeri. Lima lagi kekosongan akan dilantik.

Penyandang Chow Kon Yeow, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, meraih undi tertinggi iaitu 520 undi, diikuti timbalan pengerusi Jagdeep Singh Deo (468 undi) dan Yeoh Soon Hin (458 undi).

Oleh itu, Chow kekal sebagai pengerusi DAP Pulau Pinang, yang disandang sejak 1999. Pemilihan diadakan setiap 2 tahun.

Tempat ke-4 ialah Senator Lim Yui Hing (448 undi), diikuti Phee Boon Poh (442 undi). Lim adalah adik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Berikut adalah calon-calon lain mengikut undi:
  • Ramkarpal Singh Karpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor)— 439 votes
  • H’ng Mooi Lye (Adun Jawi) — 435 votes
  • Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam MP) — 424 votes
  • Danny Law Heng Kiang (bekas exco Pulau Pinang)— 405 votes
  • Lay Hock Peng (ketua kelab veteran DAP) — 377 votes
  • Ng Wei Aik (bekas ahli Parlimen Tanjong)— 377 votes
  • Soon Lip Chee (Adun Bagan Jermal) — 359 votes
  • Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera)— 357 votes
  • Teh Lai Heng (Adun Komtar assemblyman) — 353 votes
  • Phee Boon Chee (Adik exco Phee Boon Poh) — 336 votes
Ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2018-2020 adalah seperti berikut:
Pengerusi: Chow Kon Yeow
Timbalan pengerusi: Jagdeep Singh Deo
Naib pengerusi: P Ramasamy (lantikan)
Naib pengerusi: Zairil Khir Johari (lantikan)
Setiausaha: Senator Lim Hui Ying
Penolong setiausaha: Yeoh Soon Hin
Bendahari: Wong Hon Wai
Penolong bendahari: Danny Law Heng Kiang
Seiausaha organisasi: H’ng Mooi Lye
Penolong setiausaha organisasi: Lay Hock Peng
Penolong setiausaha organisasi: Teh Lai Heng
Setiausaha publisiti: Steven Sim
Penolong setiausaha publisiti: Syerleena Abdul Rashid (appointed)
Pengarah pendidikan politik: Soon Lip Chee
Ahli jawatankuasa:
  • Phee Boon Poh
  • Ramkarpal Singh Karpal Singh
  • Ng Wei Aik
  • Phee Boon Chee
  • RSN Rayer (lantikan)
  • Lim Siew Khim (lantikan)
Turut didedahkan sejumlah 1,086 perwakilan layak mengundi tetapi hanya 798 hadir. Kertas undi yang tidak diambil adalah 10 manakala 788 kertas undi dipulangkan. Terdapat 29 undi rosak dan 759 undi sah.

Ketika dihubungi, Ramasamy menerima keputusan pemilihan dan berkata ia menunjukkan demokrasi subur dalam parti itu.

“Calon-calon lain menjalankan kempen secara aktif. Saya tidak berkempen sangat kali ini. Saya terima keputusan itu dan saya digembira dilantik ke jawatankuasa negeri.”

Tiada ulasan: