Khamis, 15 November 2018

Kumpulan Azmin dijangka menang besar

MALAYSIAKINI

   

Pemilihan PKR berkemungkinan menyaksikan pasukan Azmin Ali iaitu calon bagi timbalan presiden menang besar.

Bagaimanapun jawatan bagi ketua pemuda PKR (AMK) masih boleh dimenangi calon daripada kumpulan pesaing Azmin, Rafizi Ramli.

Sumber daripada kedua-dua kem berkata keputusan tidak rasmi menunjukkan Afif Bahardin and Akmal Nasir bersaing sengit bagi jawatan tertinggi sayap parti itu.

Afif dikenali sebagai penyokong setia Azmin, manakala Akmal dianggap sebagai anak didik Rafizi.

Malaysiakini ketika ini tidak dapat memastikan pasukan mana memenangi paling banyak bilangan kerusi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat AMK.

Pada 2014, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dianggap bukan penyokong Azmin, dipilih memimpin sayap pemuda parti itu.

Bagaimanapun Majlis Pimpinan Pusat AMK kebanyakannya terdiri daripada penyokong kuat Azmin.

Sekiranya Akmal dipilih sebagai ketua AMK, beliau masih boleh melantik individu daripada pasukannya dalam barisan exco.

Namun apa yang pasti pembantu Azmin, Hilman Idham bakal mengisi jawatan sebagai timbalan ketua AMK selepas undi besar diterimanya mengatasi calon dari kem Rafizi,  Raymond Anuar.

Sementara itu , Haniza Talha (foto) dan Dr Daroyah Alwi dilihat bakal memenangi jawatan tertinggi dalam Wanita PKR.

Kedua-dua dikaitkan sebagai penyokong Azmin.

Bagi jawatan majlis pimpinan pusat parti itu, keputusan berkemungkinan menyaksikan 20 kerusi akan dimenangi kem Azmin.

Berdasarkan rekod Malaysiakini, terdapat lima calon MPP dikaitkan dengan Rafizi- Abdullah Sani Abdul Hamid, Larry Sng, Nik Nazmi, Nurin aina dan Dr zaliha Mustafa.

Tidak dapat dipastikan bila jawatankuasa pemilihan akan memuktamadkan keputusan dan membuat pengumuman.

Kongres nasional PKR bagi sayap Wanita dan AMK akan bermula malam ini, dengan barisan baru dijangka akan diperkenalkan pada majlis tersebut.


Tiada ulasan: