Khamis, 15 November 2018

Ku Nan mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3 juta

Astro Awani
Ku Nan mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3 juta
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu tiba di Mahkamah Seysen Kuala Lumpur pada kira-kira 2.09 petang bagi menghadapi pendakwaan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah wang berjumlah RM3 juta.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu tiba di Mahkamah Seysen Kuala Lumpur pada kira-kira 2.09 petang bagi menghadapi pendakwaan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mahkamah membenarkan Tengku Adnan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1 juta berserta dua penjamin, dan kes tersebut ditetapkan untuk sebutan pada 12 Disember ini.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Tengku Adnan atau Ku Nan dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 1.25 tengah hari ini.

BACA: Penjualan tanah DBKL: Ku Nan tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam yang membawa Anggota Parlimen Putrajaya itu diiringi kereta peronda dan motosikal polis dikatakan menuju ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

 Semalam, Tengku Adnan ditahan di ibu pejabat SPRM berhubung siasatan kes penjualan tanah milik DBKL.

Tengku Adnan baru-baru ini dilaporkan mengakui SPRM telah memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah milik DBKL semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan: