Sabtu, 10 November 2018

Kes edar Bible kepada pelajar sekolah di Pulau Pinang benar kata Mujahid

Minda Rakyat

Gambar tular memaparkan kegiatan pihak tertentu mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sini, baru-baru ini adalah benar.

Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengesahkan mengenai gambar tular berkenaan.

Mujahid berkata, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Pendidikan negeri dan ahli Parlimen Bukit Mertajam, sebaik sahaja perkara itu tersebar.

“Pihak yang berbuat demikian dipercayai wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) namun tidak mewakili gereja atau persatuan agama Kristian di kawasan berkenaan.

“Saya nasihat supaya jangan menimbulkan masalah kerana kena hormat Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, pihak terbabit perlu faham Artikel 11 (4), yang menetapkan agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh didakwah kepada orang Islam.

Ditanya sama ada pihak berkuasa agama membuat laporan polis berhubung kes itu, Mujahid berkata, tindakan itu tidak dilakukan, tetapi ia berada dalam pengetahuan pihak polis.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar yang memaparkan kegiatan pihak tertentu mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

MR :  Habis kalau tak wakil geraja tak apa ke?


Tiada ulasan: