Ahad, 25 November 2018

Kampung Baru kini dijaga KPKT

KEADILAN DAILY

a4df5b09-3e89-44f4-9d78-5ec2d40a7e6b

Semua Kampung Baru yang terletak di seluruh negara kini berada di bawah pentadbiran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin dalam sidang media di Parlimen mengumumkan bahawa bermula 13 September lalu Pentadbiran Kampung Baru dengan 33 orang penjawat awam dan 70 orang Pegawai  Kemajuan Perkampungan (PKP) lantikan kontrak diletakkan di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) KPKT.

Memetik kenyataannya, KPKT juga sedang melaksanakan temuduga secara berperingkat bermula 9 November lalu bagi melantik PKP baru yang akan mula bertugas pada 2019.

“Agenda pembangunan Kampung Baru akan berteraskan tagline ‘Constructing A Nation’ bagi membina masyarakat madani yang memberi fokus bukan sahaja kepada pembangunan fizikal, tetapi juga pembangunan sosial dan pemberdayaan komuniti secara keseluruhan.

“KPKT juga akan memberi fokus kepada program-program berbentuk kemasyarakatan bagi tujuan pembangunan komuniti, alam sekitar, wanita, pendidikan dan ekonomi di semua Kampung Baru,” kenyataan beliau dipetik.

Tiada ulasan: