Rabu, 21 November 2018

Demo pertahan kuil 100 tahun di parlimen hari ini

 
Sekumpulan penganut Hindu berdemonstrasi di depan bangunan parlimen bagi mempertahankan kuil lebih 100 tahun di Subang Jaya daripada dirobohkan.


Mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya segera memberi perhatian kepada isu Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman di Ladang Seafield itu.

Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri yang berjanji akan membawa isu itu ke perhatian Mahathir.

Untuk rekod, perobohan kuil tersebut pada kali ketiga sehingga 22 November ini ekoran pembantahan penganutnya.

Kuil itu mahu dipindahkan selepas kuilnya dibeli oleh sebuah syarikat swasta.

Sementara itu, badan bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman menegaskan permintaan untuk mengekalkan kuil tersebut di tapak sedia ada adalah berdasarkan undang-undang.

“Apa kami minta bagi pihak penganut dan bekas penduduk Ladang Seafield adalah berdasarkan apa dijanji kepada kami oleh kerajaan Negeri Selangor dan pihak yang membeli tanah tersebut.

“Dan tidak sesekali kami berundur daripada permintaan kami. Kami nak tanah yang dijanji kepada kami,” kata anggota badan itu Elangovan Annamalai.

Katanya, pada tahun 1987, kerajaan Selangor dan pembeli tanah berjanji untuk memberikan tanah lima ekar kepada sekolah dan satu ekar kepada Kuil Seafield di tempat sedia ada.

Katanya, keputusan itu turut diminitkan dalam satu mesyuarat exco kerajaan negeri pada 19 Januari tahun yagn sama.

“Diikuti pada 1993, Tan Sri M Mahalingam, selaku timbalan nenteri sumber manusia menulis sepucuk surat kepada kerajaan negeri untuk menunaikan janji kepada sekolah dan kuil. 

“Dan pada 2001, mendiang Datuk K Sivalingam yang merupakan exco kerajaan negeri ketika itu meminta pejabat tanah supaya menguruskan tanah yang dijanji iaitu masing-masing lima ekar dan satu ekar kepada sekolah dan kuil,” jelas Elangovan.

“Kesimpulannya, kami nak tanah yang dijanji kepada kami,” tegas beliau kepada pemberita.


Tiada ulasan: