Ahad, 18 November 2018

Anwar akui nama Rafizi dibangkit sebagai calon PRK Dun Rantau

THE MALAYSIAN TIMES
 


SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui nama Ketua Cabang Pandan, Mohd Rafizi Ramli dibangkitkan sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau.

Anwar berkata namun begitu katanya, Mohd Rafizi jauh lebih layak daripada bertanding jawatan berkenaan.

“Beliau sebagai ADUN Saya pasti beliau lebih layak daripada itu. Namun ada nama Rafizi dibangkitkan (sebagai calon),” katanya pada sidang media selepas perasmian Kongres Nasional PKR 2018 di sini hari ini.

Mahkamah Khas Pilihan Raya semalam memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dun Rantau pada PRU14 adalah tidak sah dan terbatal dan PRK DUN itu perlu diadakan serta merta.

Sebelum ini Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas calon PKR Dr S. Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tiada ulasan: