Jumaat, 16 November 2018

AMK desak sistem pemilihan dikaji semula

Manzaidi Mohd Amin

Dr Afif Bahardin
Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Dr. Afif Bahardin (kanan) ketika Kongres Nasional Keadilan ke-13 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL
 

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mengkaji semula sistem pemilihan yang dianggap paling teruk dalam sejarah parti.

Timbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin berkata, tempoh sembilan minggu yang ditetapkan oleh JPP untuk proses pemilihan barisan jawatankuasa kepimpinan parti bagi penggal 2018 – 2021.

“Kita ada kira-kira 800,000 ahli yang layak mengundi dan mengambil masa kira-kira sembilan minggu untuk selesai, tetapi itu pun belum selesai kerana ada negeri dan cabang ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

“Bayangkan kalau kita mempunyai lebih satu juta ahli, agaknya berapa bulan proses pemilihan atau pengundian akan selesai. Tempoh yang panjang ini sangat memenat dan meletihkan terutama calon-calon yang bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan di Pusat Konvensyen Idea Shah Alam (IDCC) di sini, hari ini.

Dr Afif yang menang jawatan Ketua AMK Pusat bagi penggal ini berkata, JPP harus memikirkan satu kaedah yang baik bagi pemilihan akan datang dan kejadian seperti masalah teknikal melibatkan internet tidak berulang. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: