Ahad, 18 November 2018

Adun cadang diskaun 20 peratus tol jambatan kedua Pulau Pinang

DENYUT REFORMASI

 
 
GEORGE TOWN,   — Seorang wakil rakyat kerajaan hari ini mencadangkan agar diskaun sebanyak 20 peratus diberikan kepada penduduk Pulau Pinang di tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muádzam Shah (JSAHMS).

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun, Goh Choon Aik berkata diskaun itu harus diberikan kepada penduduk Pulau Pinang sepertimana yang dinikmati penduduk negeri itu di Jambatan Pulau Pinang (jambatan pertama).

“Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan diskaun ini sepertimana di Jambatan Pulau Pinang, penduduk negeri ini menikmati diskaun 20 peratus dari RM7 kepada RM5.60 sahaja untuk bayaran tol,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari ketika menjawab persoalan itu berkata ia satu cadangan yang baik namun kuasa untuk melaksanakannya bukan di bawah Kerajaan Negeri.

“Perbincangan lanjut perlu dilakukan antara Kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi. Kerajaan  Negeri boleh mencadangkan perkara ini, tetapi bukannya membuat keputusan. — Bernama 
 
 

Tiada ulasan: