Isnin, 22 Oktober 2018

Saravanan timbalan presiden MIC baharu

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan hari ini diisytihar menang perebutan jawatan timbalan presiden MIC bagi penggal 2018-2021.

Beliau meraih 9,391 undi untuk menepis cabaran bekas Pengerusi MIC Perak Tan Sri M. Ramasamy yang mendapat 5,270 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MIC Tan Sri G. Rajoo pada sidang media di ibu pejabat MIC di sini.

Beliau turut mengumumkan tiga naib presiden yang dipilih iaitu penyandang jawatan Datuk T. Mohan yang meraih 9,093 undi, bekas Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivaraajh (6,803 undi) dan bekas anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Datuk T. Murugiah (5,984 undi).

“Kira-kira 58 peratus daripada lebih 26,000 anggota MIC yang layak mengundi menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih calon pilihan semalam,” kata Rajoo.

Antara yang terpilih bagi 21 kerusi CWC ialah bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.—Bernama

Tiada ulasan: