Khamis, 18 Oktober 2018

Keadaan ekonomi sekarang tidak sesuai laksana 'jambatan bengkok' - Azmin

Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani
Keadaan ekonomi sekarang tidak sesuai laksana 'jambatan bengkok' - Azmin
Mohamed Azmin berkata fokus Kerajaan ketika ini adalah untuk melaksanakan projek yang memberi impak positif langsung kepada rakyat. -Astro AWANI / Harith Asyraf Hasnan
 
KUALA LUMPUR: Keadaan ekonomi semasa dilihat tidak sesuai kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semula projek 'jambatan bengkok' di antara Johor Bahru dan Singapura.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata fokus Kerajaan ketika ini adalah untuk melaksanakan projek yang memberi impak positif langsung kepada rakyat.

Jelas beliau, projek seperti hospital, jalan raya dan sekolah merupakan antara keutamaan Kerajaan pada ketika ini.

“Saya pasti Kerajaan Negeri (Johor) akan mengusulkannya ke Kerajaan Persekutuan dan setelah kami terima cadangan itu, kementerian akan meneliti perkara ini dan melihat sama ada kita mempunyai kapasiti untuk meneruskan projek ini.

“Atau kita boleh pertimbang untuk melaksanakannya apabila keadaan (ekonomi) kembali pulih,” katanya ketika ditemui media di Parlimen hari ini.

BACA: Projek 'jambatan bengkok' diteruskan semula?

BACA: Apa yang kita tahu tentang 'jambatan bengkok'?

Beliau sebelum itu memberi taklimat kepada pengarang media berkenaan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, esok.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan semula projek kontroversi 'jambatan bengkok' yang menghubungkan negeri itu dan Singapura. 
 
 

Tiada ulasan: