Isnin, 15 Oktober 2018

Gangguan seksual: KKM akan lengkapkan siasatan untuk dihantar ke JPA



Gangguan seksual: KKM akan lengkapkan siasatan untuk dihantar ke JPA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Jawatankuasa Siasatan Khas akan melengkapkan siasatan dalam kes Ketua Jabatan sebuah hospital awam di Lembah Klang yang kini digantung tugas kerana didakwa melakukan gangguan seksual ke atas sekurang-kurangnya 38 individu.

Menterinya Datuk Seri Dr  Dzulkefly Ahmad berkata, Jawatankuasa Siasatan Khas ini diberikan tempoh selama sebulan, iaitu dari 24 September sehingga 23 Oktober ini, untuk melengkapkan siasatan sebelum laporan lengkap dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbanganpihak berkuasa yang berkenaan.

“Jawatankuasa Siasatan Khas telah ditubuhkan KKM pada 24 September lepas susulan daripada laporan siasatan yang dikeluarkan oleh Badan Siasatan Bebas pada 18 September 2018.

“Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk melengkapkan maklumat-maklumat siasatan awal oleh Badan Siasatan Bebas berhubung dakwaan salah laku seksual oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang.

“Perkara ini dilakukan bagi mempertimbangkan tindakan tatatertib yang wajar diambil ke atas ketua jabatan berkenaan selaras dengan Peraturan-PeraturanPegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Untuk makluman, Badan Siasatan Bebas yang ditubuhkan sebelum ini bertujuanuntuk mengesahkan dakwaan salah laku seksual seperti yang dilaporkan di dalamsebuah akhbar tempatan pada 29 Julai 2018, selain untuk mengenal pasti tahapkeseriusan laporan tersebut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini

Sebelum ini  KKM telaah mengadakan 31 perjumpaan dan mesyuarat mengenai isu itu yang menyaksikan 38 individu berkenaan tampil mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketua jabatan yang mula bertugas di hospital awam berkenaan sejak 2009.

Tiada ulasan: