Isnin, 8 Oktober 2018

Forum: TG Abdul Hadi jawab Tun M

FUAD AHMAD

 
 
PORT DICKSON: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima pelawaan berforum dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu lain.
 
"Tetapkan masa, saya bersedia. Apa-apa isu yang munasabah," ujar beliau.
 
Beliau berkata demikian menjawab laporan media berkaitan jawapan Tun Mahathir tentang pelawaan untuk berforum dengan Perdana Menteri yang turun berkempen untuk calon PH pada PRK Parlimen Port Dickson, hari ini.
 
Tun Mahathir seperti yang dilaporkan media menjawab beliau datang untuk membantu kempen Anwar namun tidak menolak berforum bersama Presiden PAS pada waktu lain.

Terdahulu, Ahli Parlimen Marang mengajak Perdana Menteri untuk berforum dengan Mahathir ketika sidang media, di sini petang semalam. – HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan: