Isnin, 15 Oktober 2018

Anifah, Saifuddin saling membidas isu dasar luar

 


PARLIMEN | Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah bertukar-tukar bidasan dengan bekas penyandang jawatan itu mengenai dasar luar negara di Dewan Rakyat hari ini.

Perbahasan tercetus apabila Saifuddin mengemukakan usul ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung PBB bulan lalu menjadi asas merangka dasar luar Malaysia.

Anifah selanjutnya berkata beliau tersinggung dengan Saifuddin kerana menyarankan kerajaan Pakatan Harapan membawakan pendekatan baru dalam polisi luar negaranya.

"Saya agak bimbang apabila menteri kata nak perkenalkan dasar baru. Ini seolah-olah Malaysia sebelum ini, sebelum kerajaan ini tidak pernah mempunyai dasar (luar).

"You are on the point of insulting Malaysia (kamu seakan menghina Malaysia).

"Seolah kita tak pernah menyuarakan. Tak pernah terlibat dalam apa-apa isu utama dunia," kata Anifah dalam membahaskan usul itu.

MP Kimanis juga menasihatkan Saifuddin untuk bekerja bersama para pegawai Wisma Putra dalam membentuk dasar luar.

Ketika menggulung perbahasan usulnya, Saifuddin menjawab bidasan Anifah berkata tiada usaha untuk mengabaikan kerja-kerja dasar luar kerajaan terdahulu.

'Nak tembak biar betul'

Beliau berkata beliau mengusulkan suatu kerangka jelas mengenadi polisi luar negara.

"Semua ni, kita lakukan dengan colsultation yang tidak putus-putus dengan pegawai ada yang cuba gambarkan seolah-olah (kerja) ini menteri buat seorang.

"Saya boleh sebut lah menteri luar yang tak pernah buat post cabinet meeting, tapi ini bukan tempatnya.

"Itu bukan saya. Kita ada pre cabinet meeting dan post cabinet meeting.

"Jangan main-main. Nak tembak biar betul.

Bagaimanapun menteri memuji Anifah kerana membantah "satu atau dua keputusan" kerajaan terdahulu yang dibuat tanpa melakukan perundingan.

Saifuddin juga enggan memberikan butiran terperinci dan hanya berkata ia dibuat "menteri lain yang ada tugas-tugas."

Dipercayai ia merujuk kepada bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga memegang portfolio menteri tugas-tugas khas mengenai hubungan dengan Timur Tengah.

Anifah yang membahaskan usul itu tengahari tadi tidak hadir ketika Saifuddin menjawab bidasanya sekitar 6.20 petang tadi.

Tiada ulasan: