Selasa, 25 September 2018

UMNO TOLAK CADANGAN JADIKAN NAJIB KETUA UMUM

Foto Hazierra Lukman@watanonline

UMNO hari ini menolak cadangan untuk melantik bekas Perdans Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua umum parti itu seperti dicadangkan pemimpin peringkat bahagian.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata idea itu tidak sesuai untuk dilaksanakan parti terbabit.

“Cadangan itu tidak relevan dan tidak dapat dilaksanakan,” katanya kepada media di ibu pejabat UMNO, di Kuala Lumpur pada Isnin.

Annuar berkata demikian sebagai reaksi terhadap cadanga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mahukan Najib diangkat sebagai ketua umum.

Setakat ini, hanya PKR yang menggunakan jawatan ketua umum yang disandang oleh bakal presidennya iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tiada ulasan: