Rabu, 26 September 2018

Media berkampung di SPRM buat liputan sesi keterangan Rosmah

Muhammad Azizul Osman

Sebahagian para media menunggu ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memberi keterangan berkenaan penggubahan wang haram di perkarangan Sururanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 26 SEPTEMBER 2018.
Sebahagian para media menunggu ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memberi keterangan berkenaan penggubahan wang haram di perkarangan Sururanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK
 

PUTRAJAYA – Perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disini hari ini dipenuhi dengan pengamal media bagi membuat liputan berhubung kes siasatan terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hampir 50 wartawan daripada pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa memenuhi perkarangan pintu masuk bangunan SPRM sejak jam 7 pagi tadi.

Perkarangan SPRM hanya boleh dimasuki media seawal jam 9 pagi.

Seperti biasa, bangunan itu dikawal ketat dan hanya kakitangan badan penyiasat itu yang dibebaskan memasuk premis berkenaan.

Ini kali kedua beliau dipanggil ke ibu pejabat SPRM.

Rosmah dipanggil selepas menerima notis untuk memerintah kehadiran ke ibu pejabat SPRM di kediamannya di Jalan Langgak Duta, petang semalam.

Tindakan memanggil Rosmah dipercayai bagi membolehkan siasatan selanjutnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan kes pengubahan wang haram.

Pada 5 Jun lalu, Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM, bagi memberikan keterangan berhubung kes SRC International.

Bagaimanapun pada masa ini masih belum dapat dipastikan sama ada sekadar merakam percakapan atau terus dibawa ke mahkamah untuk tujuan pertuduhan. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: