Isnin, 27 Ogos 2018

Tahfiz alternatif pendidikan arus perdana


Tahfiz alternatif pendidikan arus perdana
Barisan panel Wacana Sinar ke- 71, di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, hari ini.
 
 
SHAH ALAM - Golongan ibu bapa melihat pendidikan di sekolah tahfiz sebagai salah satu alternatif bagi membentuk disiplin diri anak mereka.

Pengerusi Kompleks Pendidikan Darul Anuar, Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, ibu bapa melihat sistem pendidikan tahfiz berkenaan sebagai satu sumber yang sahih.

Menurutnya, asas utama pendidikan tahfiz ialah untuk kembali kepada ajaran al-Quran.

"Sistem tahfiz ini tidak semuanya sempurna, namun asasnya untuk pendidikan Islam. Tidak semata-mata fokus kepada hafazan al-Quran.

"Ibu bapa melihat hafazan al-Quran membentuk disiplin anak. Walaupun kepelbagaian sistem di sekolah tahfiz, pengurusan tahfiz juga fokus kepada penghayatan," katanya dalam wacana Malaysia Baharu: Ke Mana Haluan Sekolah Tahfiz, di sini, hari ini.

Tiada ulasan: