Rabu, 29 Ogos 2018

Sukan Asia 2018: Tamparan kepada skuad terjun

Bernama / ASTRO AWANI
Sukan Asia 2018: Tamparan kepada skuad terjun
Pandelela terpaksa menarik diri daripada acara 10 meter platform seirama wanita pada hari pembukaan acara terjun Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. -Bernama
 
JAKARTA: Skuad terjun negara menerima tamparan hebat apabila Pandelela 
Rinong terpaksa menarik diri daripada acara 10 meter platform seirama wanita pada hari pembukaan acara terjun Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, bermula esok.

Pemangku ketua jurulatih skuad terjun negara, Zhang Yukun yang ditemui media Malaysia di sini hari ini, memaklumkan ratu terjun negara itu mengalami kecederaan belakang yang serius semasa sesi latihan, semalam, menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada acara berkenaan esok.
 
BACA: Pandelela cedera, terpaksa tarik diri

"Saya tidak pasti sama ada beliau dapat menyertai acara individu, namun saya berharap beliau dapat kembali pulih kerana Pandelela adalah prospek pingat kepada Malaysia pada Sukan Asia ini," kata Zhang.

Nur Dhabitah Sabri akan menggantikan Pandelela, dan akan bergandingan dengan penerjun veteran, Leong Mun Yee dalam acara tersebut.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas dalam acara terjun pada Sukan Asia sejak acara berkenaan mula dipertandingkan pada edisi 1951 di New Delhi, India. -- BERNAMA
 
 

Tiada ulasan: